<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7643615283666885507\x26blogName\x3dConfessions+of+An+Escapist\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://tinkerbellola.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://tinkerbellola.blogspot.com/\x26vt\x3d-6896531344355242048', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, 17 February 2011@ 1:58 pm
Arwah Nenek


Assalammualaikum,

Esok cukup setahun arwah Nenek (belah ibu) telah meninggalkan dunia ini. Erm...hari yang kami dapat berita tu masih segar di ingatan. Pagi tu Ain pergi ke rumah Aunty Yah dan dalam perjalanan pulang tu, Ain jatuh tersungkur. Kalau nak diikutkan memang pelik, sebabnya jalan tu berbatu rata, tak licin, dan Ain pasti yang Ain bukan tersalah langkah tapi macam mana Ain boleh jatuh? Tapak tangak Ain luka diguris oleh batu2 dan lutut pula dua2 belah berdarah, seluar belah kanan terkoyak kat lutut tu. Sakitnya hanya Allah yang tahu, tapi cepat2 ain bangun sebab malu, takut ada orang nampak. Sebaik dekat je rumah. Bila sampai di rumah, ibu takda, bapak pula masih tidur lepas balik kerja pagi tadi, tinggal adik dua orang. Terkejut diorang bila tengok keadaan Ain. Diorang tolong ambikkan ubat, adik yang lelaki siap buat makanan untuk Ain, tetiba jadi baik. huhu.

Bila bapak dah bangun, dia terkejut bila Ain cakap Ain jatuh sebab dia tak sangka Ain jatuh teruk. Tak lama lepas tu, bapak dapat text daripada Pak Long mengatakan yang Nenek berada di hospital, dah tenat. Kami dua macam tersentap bila baca 'dah tenat'. Bapak tengok Ain, Ain tengok bapak. Setahu kami, selain dari sakit lutut, arwah Nenek tak pernah sakit teruk.

Bila ibu balik, dia pon terkejut tengok keadaan Ain. Pucat. Effect lepas jatuh satu, lepas dapat berita yang mengejutkan lagi satu. Bapak perlahan2 beritahu ibu berita yang kami dapat tadi. Raut muka ibu tenang tapi Ain tahu dia dah risau.

Malam tu, Ain & ibu tengah memasak di dapur, bapak datang, dia tengok Ain...hati Ain dah tak senang. Bapak pergi kat ibu perlahan2, dia bisikkan sesuatu kat ibu & dalam masa satu saat ibu rebah, ibu menangis. Arwah Nenek...dah pergi.


"Tok, tok pergi cepat sangat, belum sempat Ain nak balik masak untuk tok. Ye tok, Ain dah pandai masak. Ain dah berangan bila balik Malaysia nanti, Ain nak masak untuk tok. Ain nak jalan2 dengan tok. Ain nak tengok tok senyum, Ain nak dengar tok gelak, Ain nak peluk tok, Ain nak sayang tok. Tapi Ain tak boleh nak buat semua tu sebab bila Ain balik Malaysia nanti...tok dah takda...

Tok seorang nenek yang sangat penyayang, tok masak apa saja sedap, tok mudah senyum dan ketawa bila melihat kerenah cucu2 tok. Tok selalu 'mouth fight' dengan tok Wan tapi tok tahu yang tok Wan sayang tok kan? Kami semua sayang tok...

Ain akan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah & Yassin supaya tok senang di sana."


xoxo

Labels:

2 avengers commented

2 Comments:

Blogger ~deashuQin~ says:

Al-Fatihah~


  23 May 2011 at 03:19

Blogger Ain SSB says:

~deashuQin~, thankyou! :)


  26 May 2011 at 21:39

Post a Comment

Warning : Image heavy in most of my entries.


AIN S.B.
23 | England | Malaysian

A Muslim | A daughter | A sister | A dreamer | A reader | A writer | A photographer | A chocoholic -- so I had to cut down on this one urgh

"I am a dreamer and I will dream until all these visions in my head are fulfilled."
-- A


| Instagram: captaineverland
| Twitter | Keek : ainssb

Shipping service for Malaysian living in England ; Mira D Services


Where I live
My Photography
Talk About Fashion
Ramadhan in England
Hari Raya in England
Wordless Wednesday
Harry Potter's stuff
Jumpa Retis
Snow

The places I've been to:
London
Manchester
Bath
Kent
Lake District

January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 January 2014 March 2014
Thankyou for visiting!
Have a nice day :)

« Older posts | Newer posts »