<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7643615283666885507\x26blogName\x3dConfessions+of+An+Escapist\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://tinkerbellola.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://tinkerbellola.blogspot.com/\x26vt\x3d-6896531344355242048', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, 28 November 2011@ 6:05 pm
Birthday-Day Out!

Assalammualaikum & hello,

Semalam hari jadi my little sis, Iba. Dah planned dah nak bawak dia pergi jalan town. So, we went out to town along with Kak Nurul.

Mula-mula masuk mall but then Iba lapar, so we headed out to Caffe Nero dulu. Nak pergi Costa ramai orang & tempat dia tak peaceful as Caffe Nero (that's why it's my favourite cafe despite that the drinks aren't really good as Costa's).

But tau tak, masa Ain bukak kamera Ain, nak tangkap gambar la nih...and then it says..."NO MEMORY CARD". Sedih betul. But sebaik Kak Nurul punya handphone ada camera power! Pinjam sat la handphone Kak Nurul buat sementara waktu tu. huhu.

It's their first time in Caffe Nero :)

I think my favourite hot beverage for Caffe Nero is probably their cappucino.

Birthday girl. 16 tahun dah dia ni rupanya.

Ain muda lagi. Baru 12 tahun ;)

Kebetulan ada orang jual shawl kat atas mall tu! Lawa jugak! :) And because Kak Nurul love me so much, when she bought something for Iba, she bought one for me aswell! hehe. Thankyou Kak Nurul! You are the bebeh! :D

Iba dapat JLS punya birthday card from Kak Nurul!! JELES la jugak...

Ok, jeles gilaaa!
Macam mana tak jeles? Ain suka JLS more than Iba suka kot! Plus, I'm sure Iba is more into One Direction :P

But ibu kata, nanti ibu belikan kad JLS kat Ain! :D teehee.

Kami the ohsemm :)


Last but not least, to Iba:
"I know it's very hard for you right now, with everything's going on at school but I hope you won't give up. Just so you know, I'll support you with whatever you're gonna do in the future and I'll be there whenever you needs me. Maybe most of the times I hate you, but in the mean time, I've always love you."
-- the nicest sister you'd ever have, Ain Syatirah SB.


xoxo

Labels: , , ,

15 avengers commented

Sunday, 27 November 2011@ 11:54 pm
Rumah ada tetamu sebab tengah sale pinggan mangkuk Portmeirion!

Assalammualaikum & hello,

Title tu sebenarnya tatau nak letak apa. huhu. Camni ceritanya, from Sabtu lepas until Ahad (hari ini) ada sale kat kedai pinggan mangkuk PORTMEIRION . Tatau la kalau you guys yang baca blog Ain tau pasal Portmeirion punya pinggan mangkuk ni, but from what I've heard...it's very expensive in Malaysia. So, memang ada ramai je Malaysian yang actually datang semata-mata nak beli pinggan mangkuk Portmeirion ni je.

Disebabkan rumah Ain agak dekat dengan kedai Portmeirion ni, so...memang kami selalu terima kunjungan dari tetamu-tetamu Malaysian kat rumah kami. Ibu Ain pulak, kadang-kadang dia jumpa orang Malaysia kat kedai tu (walaupon tak pernah tengok muka diorang pon sebelum ni) dia pon "...meh la, singgah rumah kami." Bahaya I know, but well, that's just my mum. haha.

But cerita pasal minggu yang tengah sale ni...tetamu kami agak ramai la dalam masa seminggu ni. Hari Jumaat lepas, kawan bapak datang dari Malaysia (beliau ada kerja kat sini but sambil tu membeli belah pinggan mangkuk la), pastu ada satu family from London datang the next day BECAUSE of the sale. Jumaat hari tu Cik Diana (ingat tak masa Ain jumpa Johan Raja Lawak hari tu :P) from London datang sebab sale ni jugak, kalau tak hampeh tak turun rumah kami! And tetamu yang baru sekali, semalam (Sabtu) ada kawan Kak Nurul...4 kakak-kakak yang comel datang rumah kami!


Diorang semua students baru habis buat degree!
(ehh, jangan tertipu dengan tudung hijau hujung nun disana, tu ibu saya la)

Kak Ain. She's absolutely ohsemm sebab nama sama :)

Kak Mai. She's incredibly ohsemm sebab suka photography like me :)

Kak Eter. She's seriously ohsemm sebab suka KPOP & so funny like me ;P
(tengok senyuman-mata-kecik & 'peace' tu pon dah tau kot Korean fanatik! heheee)

Alis. She's amazingly ohsemm sebab sama umur (tapi dah habis degree! lebih ohsem kot. hehe).

*reason semua tak bole pakai but diorang semua so lovely :)

And there's Kak Nurul who's always ohsemm!


Ni makanan yang dihidang 'AFTER'. Terlupa nak ambik yang 'BEFORE'. huhu.
Lauk: Kari ayam, ulam & sambal belacan.
Desserts: Kuih lopes & custard brioche.


Gambar ni curi dari Kak Mai punya facebook. Sori Kak Mai, Ain curik gambar ni. huhu.
Tu diaa, tengok tu pinggan mangkuk yang diorang borong!
Ehh jap, I think ada lagi 2 trolli kot... :P


Ain tak pernah mention lagi nih, but bapak Ain ada business shipping from England to Malaysia...so, diorang terus tinggal pinggan mangkuk diorang yang telah diborong & mengkayakan (amboi perkataan dari ceruk mana la datang ni) Portmeirion tu semua kat rumah kami, nanti kami pack dan ship to Malaysiaaa! :)


"Tetamu itu membawa rezeki."


xoxo

Labels:

16 avengers commented

Friday, 25 November 2011@ 1:40 am
Photography #3 ; Bunga Api

Assalammualaikum & hello,

Hari tu ada homework kena tangkap gambar fireworks since it was 'Bonfire Night' on the 5th hari tu. Jangan ask 'Bonfire Night' tu sempena apa, because Ain pon tatau. huhu.But it's kinda like firework festival. Yang Ain tau, bila 'Bonfire Night', bising bunyi mercun la kat merata tempat & memang British celebrates it every year.

But since the 5th tu malam Raya Aidiladha kan, so...tak sesuai sangat la nak keluar tengok festival 'Bonfire Night' ni but sempat la keluar dengan bapak Ain lepas dia habis takbir dengan warga lelaki Melayu Stoke. But at the end, tak dapat gambar fireworks yang lawa pon :(

So instead, Ain suruh adik lelaki main bunga api (sini maliii punya).

Yang dua bawah skali ni Ain buat (timer). hehe.
Buat je la apa yang boleh pon. Janji ada. Fireworks theme la jugak ni, kan? :P

Ni la cikgu photography Ain, Tony. Well, half of him. Masa ni tengah learned on the 'white balance' subject. Beliau banyak kerja dengan band rock kapak...he's in charge on their photoshooting. Beliau jugak sometimes work with models & footballers like Steven Gerrard, Ryan Giggs & banyak lagi la yang Ain tak ingat nama. huhu.


xoxo

Labels:

15 avengers commented

Monday, 21 November 2011@ 1:46 am
HARI RAYA AIDILADHA ; Part 3

Assalammualaikum & hello,

Hmm kat Malaysia tengah demam bola ye? Tengok kat twitter, orang Malaysia semua dok heboh pasal Malaysia vs Indonesia...semalam? And Malaysia menang, if I'm not wrong? CONGRATULATIONSSS! Walaupon tak tengok, but saya pon orang Malaysia, so opkos la happy sekaki! hehe.

Anyway, ni entry patutnya post hari tu but lupa... Hari Raya Aidiladha part 3.

Pergi melawat nenek angkat :)

Nampak extra chubby la pulak pakai shawl satin ni. huhu. Shawl satin hadiah dari Engku Sofea hari tu! :) Tak reti la nak meng-style-kan shawl satin ni, so lilit cam biasa je la :P

And then, malam tu pergi visit tuan rumah Kak Nurul. Diorang Bengali...so, masakan Auntie tu memang kaukau la! :)

Diapit oleh the glittery princesses :)

Uncle and the boys.


xoxo

Labels:

6 avengers commented

Saturday, 19 November 2011@ 11:33 pm
Children In Need 2011

Assalammualaikum & hello,

Kalau sesiapa yang rajin mengadap twitter mesti perasan 'Children In Need 2011' was trending worldwide yesterday. Sesiapa yang nak tahu, it's a charity event untuk budak-budak yang kurang upaya, sakit (cancer, leukemia, etc). & live in poverty. 'Children In Need' ni memang rasmi la disambut setiap tahun oleh penduduk Britain. Dan sambutannya, setiap tahun meletopsss!


Lambang CIN. 'Pudsey bear'...teddy bear kuning ada bandage sebelah mata.


Show dia selalu main on the last day of kempen before diorang announce jumlah yang berjaya dikutip untuk tahun tu. Memang best la...tak tahan bila tengok cerita budak-budak yang tak bernasib baik tu. Meleleh je airmata... Kadang-kadang, kita susah, susah jugak, tapi bila tengok diorang...rasa macam Alhamdulillah sangat Ain badan semua lengkap & sihat, takde sakit teruk...Alhamdulillah. Kita patut sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.


One of the saddest story. Tentang Elliot dan leukemia T__T


Another story. Precious Emily, she's so cutee!
Tak, bukan nak tunjuk sebab ada Aston :P


Choir performance yang menyentuh hati. Goosebumpsss!

Artis-artis diorang pon turut membantu by giving a charity performances on the show (termasuklah Ain punya favourite boys...JLS & One Direction. Both groups delivered a very good performance! hehe). Diorang selalunya dah tell their fans to donate beforehand. But it's a common sense...even without your favourite celebrities telling you to donate, you should be donating if you're really care about those poor children.

But best jugak tengok cara diorang raised the money for the event. Budak-budak sekolah cuci kereta, jual makanan & stuffs, ada orang volunteered on helping kat kedai-kedai...hasil semuanya akan pergi ke tabung 'Children in Need'.

AND the final total yang berjaya dikutip untuk tahun ni...dugudugudugudugu....

£26,332,334


26 MILLIONS POUND kau! Siapa tak ternganga?!
But it all goes to a good charity, so it's all good! :)

So yeah, masa dulu-dulu start tau pasal event ni...Ain sangat kagum kot.
Sampai sekarang pon masih kagum.


xoxo

Labels: ,

7 avengers commented

Friday, 18 November 2011@ 3:37 am
Isyak pukul 6 petang.

Assalammualaikum & hello,

Hmm semenjak dah tukar masa hari tu, waktu solat pon dah semakin cepat.

Maghrib pukul 4.11 petang...so, para-para perempuan yang ada nak ganti puasa tu...bole sangat la time-time sekarang ni (cakap kat diri sendiri)! huhu.

Ingat lagi time Isyak pukul 10 lebih malam...lamanya rasa nak tunggu Isyak masuk. Sekarang pukul 6 petang dah masuk woihh. Tu yang semalam ni...lepas sembahyang Isyak terus tido. Sekarang ni pukul 3.50 pagi...tengah menaip pukul 3.50 pagi rasa segar bugar! Tak penah-penah. haha. Tapi sebenarnya pon, Ain jarang boleh tido petang...cuma semalam Ain ngantuk sangat-sangat, tu yang letak kepala kat bantal terus tak ingat apa dah.

But ada jugak masa yang buat Ain lupa..."Eh, Ain dah sembahyang Isyak ke eh?"
Sebab ye la...bila dah pukul 11 malam tu rasa macam...perlu sembahyang, tapi sebenarnya dah habis dah sembahyang semua tadi. Watu solat antara Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak pulak tu tak jauh. Kadang-kadang kan biasa la...sembahyang Zuhur lambat sikit, so bole tunggu sembahyang Asar terus. huhu tak senonoh...tapi apakan daya, duduk kat negara sejuk ni...nak pegang air macam nak pegang duri, walaupon la air tu akan panas. huhu.

Jangan la cakap saya tak senonoh...



P.S Alhamdulillah dah ada 200 followers! Terima kasih semua! :)


xoxo

Labels: ,

13 avengers commented

Wednesday, 16 November 2011@ 12:20 am
Balik Malaysia dah...

Assalammualaikum & hello,

So, family Aunty Lynn & Uncle Mastika telahpon berangkat pulang ke Malaysia hari Ahad yang lepas. huhu. Memang ada rasa nak selit diri sendiri kat dalam salah satu beg mereka (ehh muat-muat, kalau tak muat, akan cuba muatkan), tapi apakan daya, barang-barang mereka pon dah nak melebihi had... T___T

Gambar-gambar di bawah ni malam sebelum berangkat.

Kebetulan Cik Joyah (middle duduk atas kerusi, tudung hitam), alaa yang bawakkan Ain jajan dari Malaysia tuuu & Cik Mail (jumper maroon hujung kanan ni) pon sama flight dengan mereka! Setelah 3 bulan lebih kot Cik Joyah & Cik Mail holiday di England ni! :D

Sila abaikan muka selepet berbaju purple kat tengah-tengah tu.

Awwhh!


Takpe-takpe, satu hari nanti, Ain akan pijak balik tanah Malaysia!
Tungggguuuuuuuu~!


xoxo

Labels:

14 avengers commented

Monday, 14 November 2011@ 12:50 am
FOODS ; Jacket Potato!

Assalammualaikum & hello,


Kentang pakai jacket? haha ok, nak buat lawak tak reti. Anyway, jacket potato ni memang antara makanan kegemaran Ain! Berkhasiat pon berkhasiat, mungkin part cheese tu tak berapa nak diet sangat la untuk sesiapa yang tengah diet. huhu. But sape yang minat kentang memang kena makan ni! Sedappppppp.

Nak buat dia pon senang sangat. Bahan yang diperlukan:

- Kentang gedabak (lagi besar lagi best)
- Grated Cheese (antara peranan utama bagi Ain)

And untuk filling/topping dia...apa-apa je boleh actually,
coleslaw, prawn & mushroom, chicken & sweetcorn, anything...up to your creativity! ;)

But yang dalam gambar diatas, Ain letak:

- Baked beans (kat Malaysia panggil apa ye, Ain tak sure...)
- Tuna & sweetcorns



Cara-caranya:

1) Basuh kentang bersih-bersih. Tak payah buang kulit dia.

2) Lumur dengan garam & olive oil (optional).

3) Boleh rebus kalau sapa nak rebus but Ain masuk dalam microwave je. hehe.
For 10 minutes and then check every now and then, sampai kentang tu lembut la.

4) Bila kentang dah lembut, belah kentang (belah 4 ke 6 ke) tapi jangan
sampai kulit dia tercabut (hmm macam mana nak explain ye? huhu)...

5) Letak filling yang korang nak tu dalam tengah2 kawasan yang telah dibelah.
(kalau ada filling yang kena masak dulu, masak la. Kalau letak raw,
kang kentang & cheese dan hitam, pastu ayam baru nak masak. huhu)

6) And then tabur cheese banyak-banyak (yummmeehh!) atas kentang.

7) Bakar dalam oven or atas grill sampai cheese nampak golden-ish.
Probably about 10-15 mins.


SIAP! :D


Entri-entri 'Bab Makan'


xoxo


Latest entry on SOTC :
Don't judge when you don't even know them

Labels:

11 avengers commented

Saturday, 12 November 2011@ 8:35 am
Ibu saya dan saya.

Assalammualaikum & hello,

Ibu saya & saya...kami memang suka bergambar. Tanya la siapa2 yang kenal kami, mereka akan angukkan kepala mereka laju-laju, tanda setuju.

Saja nak interprem terdahulu sebelum start photoshoot.

Sila abaikan muka Ain yang tak senonoh tu. Time ni ada masalah sentimental sikit dengan photographer.

Haa finally, baru ada gambar ok!

Dulu kan ramai cakap yang kami macam adik beradik. Tapi sekarang tak sangat, sebab Ain dah tembam (ibu yang kurussss!). Bila tembam, muka nampak more macam bapak! :P Pastu bila pakai circle lens, lagi la tak sama sebab mata ibu kecik. huhu.


--------------------------------------------------------------------------------------

Btw, sangat terharu sebab blog omputih Ain dapat sambutan yang tidak disangkakan! Ceyhh. First day buat dah dapat 12 followers! Thankyouuuuu *nangis dalam gumbira*! But just one thing Ain nak mention once again, blog tu Ain buat memang purposely untuk kawan-kawan Ain yang kat sini, yang tak paham Melayu. So in the future, akan ada entri yang sama dalam dua-dua blog...but kat sini Ain tulis dalam BM, kat sana tulis dalam BI. So yeah, I hope you guys yang followed don't mind! :)


xoxo

Labels: ,

14 avengers commented

Friday, 11 November 2011@ 3:05 am
Check out my belog omputih!

Assalammualaikum & hello,

So, in my previous entry, Ain ada mentioned yang kawan Ain suruh buat English blog. So, sempena 11/11/11 ni, tarikh cantik baik punya, Ain pon dah start my first entry there.

Klik sini untuk usha-usha & siapa yang sudi follow, follow la sekali! hehe :)

Thank youuuuu!


P.S Sorry, layout sana sama ngan sini. Malas nak tukar yang lain
buat sementara waktu ni. huhu.


xoxo

13 avengers commented

Thursday, 10 November 2011@ 2:12 pm
A day out with friends are always the best.

Assalammualaikum & hello,

Semalam pergi keluar dengan kawan sekolah/kolej, setelah beberapa lama tak ber-outing dengan mereka. Rinduuuuu. Tu la, bila dah habis sekolah menengah, masing-masing dah start pergi haluan masing-masing. huhu.

Sementara tunggu Meryl & Clarice. Ni Chris, kawan sekolah dulu. Baju biru tu adik dia.

Finally, tunggu punya tunggu, baru la Meryl muncul. haha. She's always the last one to appeared. And Saida pulak selalu yang punctual! And Ain...kira tengah-tengah la. haha.

Intense played. haha. Team Meryl & Chris menang, 5-2 kot.

Meryl & Saida looked so pretty here...and there's me :/

On the way carik tempat makan. Masa ni Meryl cakap ngan Ain suruh tulis blog ni dalam BI, so dia pon boleh baca. Lepas tu Chris menyampuk suruh buat benda yang sama. Tak sangka la Chris pon singgah blog Ain. haha. Bukan taknak buat dalam BI, tapi tulis dalam BM lagi best kot walaupon cincai habis. Tapi InsyaAllah la, nanti Ain nak buat satu lagi blog all in English. Ada sesiapa yang akan sudi follow ke? huhu.

Singgah gerai McDonalds.

McDonalds kat tempat Ain tak halal. But KFC dah dihalalkan.
So, Ain & Saida bole makan Fillet-o-Fish ngan chips je. Ni pon Saida belanja! :D

Curik dari Meryl's twitter! :)

Selepas wayang habis. Kiteorang tengok The Adventures of Tintin! Best la jugak cerita dia! Ain memang suka cerita siasat-menyiasat ni! :)

Lepas tu pergi main bowling! But Ain, Meryl & Chris je yang main sebab yang lain dah balik.
& oh, Chris yang belanja kiteorang main bowling ni! Thankyou Chrisso! :D

Cosmic bowling, futuristic theme la konon.

Me and my extra big clothes! Lovee it!

Last pics of the day. Muka masing-masing dah kepenatan! huhu.


It was a really fun day out! :D


xoxo

Labels: ,

9 avengers commented

Warning : Image heavy in most of my entries.


AIN S.B.
23 | England | Malaysian

A Muslim | A daughter | A sister | A dreamer | A reader | A writer | A photographer | A chocoholic -- so I had to cut down on this one urgh

"I am a dreamer and I will dream until all these visions in my head are fulfilled."
-- A


| Instagram: captaineverland
| Twitter | Keek : ainssb

Shipping service for Malaysian living in England ; Mira D Services


Where I live
My Photography
Talk About Fashion
Ramadhan in England
Hari Raya in England
Wordless Wednesday
Harry Potter's stuff
Jumpa Retis
Snow

The places I've been to:
London
Manchester
Bath
Kent
Lake District

January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 January 2014 March 2014
Thankyou for visiting!
Have a nice day :)

« Older posts | Newer posts »