<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7643615283666885507\x26blogName\x3dConfessions+of+An+Escapist\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://tinkerbellola.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://tinkerbellola.blogspot.com/\x26vt\x3d-6896531344355242048', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Friday, 29 July 2011@ 11:56 pm
Bila lelaki hensem pandang...


Assalammualaikum & hello,

Hmm apa korang buat bile seseorang berlainan jantina yang hensemohsem/gorjesmojes/comelote/cantikmolek pandang korang?

1) *sambil pegang2 muke* "Ish, mesti ada bende kat muke aku ni..."
2) Senyum ala kadar while thinking"Ehh, gorjes sangat ke aku hari ni?"
3) Senyum balik pastu sambung buat whatever you were doing, like you couldn't care less.
"I memang gorjes, okayy!"
4) Tak senyum, tak apa, lari laju2 sejauh mana yang boleh.
"Maakkk toloong!!! Ada orang nak kidnap sayeee!"


Ain masa zaman kolej memang dikerumun dengan lelaki je. Ehh bukan sebab I popular ke ape, because I was the only girl (student la) kat department engineering tu. No seriously, tak ramai perempuan British ni yang nak belajar pasal engineering2 ni. Pelik kan? Kalau kat Malaysia, punya ramai perempuan ambik kos engineering. So yeah, terkejut jugak la bila masuk2 kelas, Ain sorang je perempuan kat situ. Malu tu takyah cakap la, I memang malu sentiasa. Uhu.

Tapi, before masuk kolej, Ain ada buat additional course during high school, buat kos engineering untuk GCSE, year 10 & 11. Masa tu pon Ain sorang dalam kelas, but masa tu ok la, sebab budak2 laki tu semua from sekolah Ain, so Ain kenal la diorang. But untuk proper kolej, I was hoping there'd be some girls in there but gahhh, takde jugak. Sedih2.

But anyway, back on topic...dalam ramai2 lelaki, ada la yang hensem2 setaraf Aaron Aziz versi putih. haha. Kadang2 tu, kena combine dengan kelas lain...pastu ada jugak lelaki hensem kat kelas lagi satu tu (oh, Ain ingat lagi ada sorang tu muka macam Enrique Iglesias sikit2, phuuh hensem gila). Aish, mula la Ain rasa macam "Sir (tak panggil pon sir, panggil nama lecturer tu je), nak keluar kelas bole? Ramai sangat lelaki hensem, I tak bole pay attention" (pangggg kena sekali! haha)

Mula2 dulu bila ada lelaki cute pandang, of course la rasa macam malu...ahaha.
Senyum macam nak taknak je . Mane tau tetibe dia bukan pandang Ain pon! ahaha mane nak tutup muke den yang ada potensi nak-kena-letak-bomb-dan-baling-jauh2 ni woii!


Tapi bila dia pandang lagi sekali tu....
....hmmmm, ehehe.

Bila dah lame2 tu, kerap lelaki hensem2 tu pandang, I pon tak heran dah la! (kena pangggg lagi sekali!) haha tak la, maybe sebab Ain sorang je perempuan kat situ kan and Ain pon memang kena join diorang la, kalau tak macam sombong la pulak. Kadang2 best jugak jadi sorang perempuan je kat situ sebab...Ain sorang je perempuan, dapat extra-care sikit la. ehee.


But still, kalau kat mane2 pon...kadang2 tu ternampak lelaki gorjess, Ain pon macam teruja la sekejap kan, but then bila dia look back...mula la laju2 pusingkan kepala tengok bende lain dan dalam hati, "Aish, lelaki ni...takyah la pandang balik. Tau la I pon gorjes!" huhu.


xoxo

Labels: , ,

10 avengers commented

Wednesday, 27 July 2011@ 4:14 am
Wordless Wednesday #7 ; Ramadhan dah dekat!


Assalammualaikum & hello,




xoxo

Labels:

14 avengers commented

Tuesday, 26 July 2011@ 3:33 am
M&M's World in London!


Assalammualaikum & hello,

Masa hari jumpa rakan-rakan dari Hogwarts (bila masa pergi Hogwarts pon tatau la) & Johan Raja Lawak di London hari tu, Ain ada singgah M&M's World! Nak tengok gambar? Tak nak tengok pon takpe, Ain post jugak! :)

The entrance. Sila abaikan muka adikku yang tak berapa comel tapi perasan comel. kekeke.

Haa siapa peminat setia ceklat M&M? Sila angkat kaki, datang sini laju-laju! :D

Kami suka plushie warna kuning tu!

Tak pasti sangat apa motif gambar diatas!

Best wo naik bas ni! Siap boleh tido, ala-ala macam dalam Harry Potter punya bas tuu! ;)


Last-last, tak beli apa-apa pon sebab saya pokai. huhuu.


xoxo

Labels: ,

6 avengers commented

Monday, 25 July 2011@ 11:48 pm
Siapa nak doodle FREE?


Assalammualaikum & hello,

Ain telah di-tag oleh Mya yang comel untuk join segmen ni (terima kasih Mya)! Bestnya kalau dapat doodle free! Of course la Ain nak! eheh. Ain hoping to get 'Autumn' doodle because Ain suka tengok daun2 bertaburan kat jalan! :D

Ada sesiapa lain yang nak join, sila klik banner diatas, ok?

Blog Cik Cempaka memang sejuk mata memandang, penuh dengan doodle2 yang comeeeel! Kalau tak percaya, sila jenguk sendiri! Some people has such an awesome talent indeed! :)



P.S Happy birthday in advance Cik Cempaka! :)

xoxo

Labels:

2 avengers commented

@ 1:13 pm
Everything's like a routine now


Assalammualaikum & hello,

Hmm setelah dua bulan lebih jaga Si Little Gemben, she's now part of my life. No, I mean like...every weekdays dia datang pagi2, dia tidur dengan Ain, dah tau dah bila time dia bangun, bila time dia minum susu, bila time dia main, bila time dia mandi & bila dia tidur balik. Everything's like...a routine? At first I thought...yeah, jaga baby macam best but I don't know how hard it could be. I mean, how tiring it could be...BUT no, I'm not complaining.

I mean, look at that smile! Nak marah ke, bengang ke, takkan terjadi punya! haha.


Hari tu pergi sekolah adik, semua orang cakap "Aww she's gorgeous!". Semua orang geram (yeah, tell me about it) dengan dia! But yang tak bole bla punya, diorang boleh ingat Little Gemben anak Ain (come on, do I look that old?). LOL ok, can't blame them, I mean...orang kat sini umur 17, 18, dah sorong kereta baby...ada kawan Ain dah ada 2 orang dah pon anak...hmm.

But anyway, lagi berapa bulan je tinggal nak jaga Little Gemben. Lepas tu dia balik Malaysia...tatau bile boleh jumpa lagi. Tup tup, dia dah besar and forgot about me. huhu.



P.S Nak tengok masa Little Gemben baru lahir? Here. Ain yang ambik dia kat hospital, 2 hari selepas tu! Look how big she's grown now! :)


xoxo

Labels: ,

5 avengers commented

@ 2:02 am
Beauty ; Colorstay VS PhotoReady


Assalammualaikum & hello,

Ain nak buat review on Revlon's Colorstay (kanan) & PhotoReady (kiri) foundation (since I'm using both of them). Maybe ada sesiape yang nak tau mana yang ok lagi, mana yang best lagi ke kan. Ok, let's see:

Colorstay
- Kulit Ain sensitif (acne-prone), so ada la bekas2 jerawat. Bila pakai foundation ni, bekas2 tu memang tak nampak ketara. Kalau kulit korang takde bekas2, mesti nampak flawless!
- Texturenya agak gooey, agak tebal la tapi I believe sebab texturenya macam tu la ia bole bagi coverage yang memuaskan.
- Oil-free & fragrance-free
- Ingredient dia takde bende yang mengatakan ada alcohol.
- Satu je, kalau pakai tudung cerah atau kain2 yang warna cerah terkena foundation ni, it will kinda leave stain on them.
- Ain actually dah pakai yang ni lama dah, 4 tahun ada kot. It is my favourite foundation ever sebab kulit Ain tak ada problem with it & overall, ia selalu bagi result yang memuaskan.

PhotoReady
- Yang ni memang sesuai untuk use for photoshooting sebab dia ada airbrush effect. Bila pakai foundation ni, ain perasan la ada kilat2 sikit kat muka. Sebab tu namanya PhotoReady.
- Oil-free & fragrance-free (Should be alcohol-free too)
- Texturenya tak setebal Colorstay so bagi Ain yang muka berbekas ni, coverage dia tak memuaskan macam Colorstay. I usually wear it masa jerawat2 tak hinggap di muka. huhu.


Dua2 ni tak perlu pakai moisturiser terlebih dahulu (kalau muka korang tak kering gila la) sebab dua2 dah ada moisture-balanced.

And seperti dalam gambar, PhotoReady ada tempat picit so it'll make it easy for you. As for Colorstay, dia takde tempat picit so kena hati2 tuang on the back of your hand (but then again, I don't know kalau kat tempat lain ada different version pulak kan).

So, yeah! :)


xoxo

Labels:

5 avengers commented

Saturday, 23 July 2011@ 5:43 pm
FOODS ; Lamenye tak makan laksa!


Assalammualaikum & hello,

Lamenye tak makan laksa, semalam tercapai hajat! Ibu buat laksa! YAY YAY! Entah la kenapa dah lama ibu tak buat laksa. Ohh, sebab asyik terlupa nak beli laksa punya mee tu kot!

Kebetulan bapak dah ada kat Birmingham, ibu suruh dia singgah kedai cina tu beli mee laksa. Balik2 bapak bawak yang salah daaa! haha.

Ni haa! Macam kuey teow kecik pon ada.
Tapi kami hentam je, janji boleh masuk! :D

Kebetulan jugak hari Jumaat, ibu sedekah sikit dekat warga2 melayu Stoke! :)
Bestnya kalau kat Malaysia, merata-rata boleh dapat laksa! huhu.


xoxo

Labels:

10 avengers commented

Friday, 22 July 2011@ 10:39 pm
Summer holiday is here!

Assalammualaikum & hello,
Kebanyakkan sekolah2 di England dah start dah summer holiday, as of today. Hmm rumah akan sentiasa bising la lepas ni! huahua. My little brother pon dah habis dah zaman sekolah kebangsaan dia. Hari ini dia balik macam sedih je.

Ain: Aleef sedih ke?
Adik: ...
Ain: Ade orang cry ke?
Adik: Takde.
Ain: Ceyh~ Aleef sedih ar tu.
Adik: ...
Ain: Ade orang nangis?
Adik: I said takde la! Ish!

(Saye suka nyakat! :D)

Dia punya leaving certificate.

Semalam pergi dia punya leavers assembly. Dia buat performance dengan kawan2 dia.

Terabur gila diorang dance but mereka budak2 tak cukup umur lagi, so I'll let them off this once. huhu.


With Cikgu kelas dia. Entah yang mana satu dia tak suka entah, sebab suka marah dia...haha.

Kawan dia yang sebelah tu anak Pak Imam Pakistan kat sini, tu yang pakai songkok pergi sekolah.

Kenapa gambar ni blur gila pon tak pasti (padahal tangan dia yang menggeletar). Well anyway, good luck brother! High school gonna be much more fun! ;)


xoxo

Labels:

7 avengers commented

@ 3:10 am
FOODS ; Telur Bungkus!

Assalammualaikum & hello,

Hmm nampak sedap tak telur bungkus aii?
(hwahwa puji diri sendiri macam nak kena tendang duapuluhlapanribu batu)


Ain memang suka makan telur bungkus. Daripada masa kat Malaysia lagi, memang favourite yo! Selalu makan dengan nasi putih je without lauk2 lain. Just nasi putih PANAS dengan telur bungkus! Uish, orang campak bomb pon kompom Bruno Mars tolong tangkapkan den buat dek je! :)

So, masa bila ye start belaja buat telur bungkus? Tak ingat la, tapi bertahun-tahun yang dulu la (amboii, bertahun-tahun macam dah lama la sangat!). Ini resipinya:

Bahan tumis (cincang halus):
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih

Sos (gaulkan semua dalam mangkuk):
- 3 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos tomato
-1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap manis

- Daging cincang (lebih kurang 2 genggam)
- Mix veggie (ikut suka nak banyak mana)
- Garam & gula secukup rasa

1) Ok, so tumis bawang2 sampai kuning.
2) Lepas tu masukkan daging cincang (make sure bila basuh tu, tapis air dia betul2 so dia tak berair bila goreng).
3) Bila daging tu dah nampak brown-ish, dah masak, tuang semua sos2. Gaulkan sebati dengan daging.
4) Lepas dah gaul sebati, masukkan mix veggie. Gaul lagi. Masuk garam & gula secukup rasa. Agak2 rasa mix veggie tu dah lembut2 sikit, tutup api. Dah siap bahagian daging.


Ok, here comes the tricky part. Nak bentukkan telur tu. Panaskan another kuali, letak minyak two drops je. Pusingkan kuali tu, bagi minyak tu goes all the way round (so, telur tak melekat kat kuali).

Pecahkan dua biji telur dalam mangkuk, kacau sikit. Jangan kacau macam nak buat telur dadar, kacau agak 3 kali pusingan cukup la. If you kacau macam telur dadar, it will goes all bubbly, tak lawa dah nak dibentukkan.

And then, bila kuali dah panas, tuang telur yang dah kacau dalam kuali & pusingkan kuali tu (macam pusing minyak) so telur tu goes all the way round, agak2 bagi telur tu nipis je. Yang lebihan telur kat tengah tu, tuang balik dalam mangkuk (kalau biarkan dia kat tengah tu nanti dia jadi tebal tak best). And then, ambik 3-4 sudu daging yang dah masak tadi letak kat tengah2 (fill it like in square).

Lepas tu, carefully lipat telur tu macam mana korang placed daging tu...(alamak, tak reti nak explain la...korang get it tak? huhu) Asalkan bila dah lipat tu, nampak ada rupa segi empat, ok ar tu! Bila dah nampak segi empat tu, tekan2 sikit bagi dia kemas. Selepas 2 minit camtu, korang carefully terbalikkan telur tu. Carefully tau, takut terburai balik daging2 tu. huhu.

And then voila! Siap, untuk dimakan! :D

Yang telur lebih tadi, korang pecahkan lagi satu telur (tambah la kan) and then repeat the same step from kacau telur :)


P.S Sorry Ain explain terabur2. Bab2 explain ni, memang susah sikit! huhu.


xoxo

Labels:

8 avengers commented

Thursday, 21 July 2011@ 4:34 am
Photoshoot #1 ; Pada suatu hari


Assalammualaikum & hello,


Tetibe.
Eh eh, jangan lariiiiiii!


Dress ; Present from Kak Nurul
Shawl ; Present from Kak Amy (Malaysia mari :))
Beg ; Peacock
Inner shirt ; Primark

Photographer ; Adik lelaki (berumur 11 tahun. So yea, paham2 je la kalau gambar tak seberapa nak perfect. huhu)
Make-up ; Saya tak pandai make-up.


Gambar2 bunga dibawah, aii yang tangkap yo! :)


xoxo

Labels: ,

8 avengers commented

Wednesday, 20 July 2011@ 3:15 pm
Oh mama, saya sudah jatuh chinta!


Assalammualaikum & hello,

Ain : Oh mama, saya sudah jatuh cinta!
Mum : What?! WHO WITH? (kononnye ibu bajet speaking)
Ain : Dengan...
Mum : Jangan mengade-ngade! Kayu berlambak lagi nak kena potong, takde masa nak berchinta-chinta! (Oih, ni bukan ibu ni, ni dah macam uncle tiri!)

/Please take note that, dialog diatas hanya lakonan dalam kepala Ain Syatirah, takde kena mengena dengan yang hidup atau mati/


Anyway, Ain jatuh chinta dengan sapa plak ni? Erm....hihihihi (gelak mengada-ngada).






HENSEM TAK, HENSEM TAK?!

Heyyy, sila jauhkan tangan anda dari skrin! DO NOT TOUCH, HE'S MINE! You've been warned!


Ok, tarik nafas jap. Phewwww. Sebenarnya, Ain baru habis tengok drama Thailand ni (orang layan Korean, dia layan Thailand. But hey, saya layan semua ok!). Ruk Mai Mee Wan Tai tajuknya or also known as Love Never Dies.

Drama ini mengisahkan tentang dua orang pakcik (adik beradik) yang gatal2 tangan curik 117 barang yang tak sepatutnya sentuh dalam Dragon Cave ni. Akibatnya, mereka digigit dengan blood-sucking kelawar & tak pasal2 dapat curse jadi immortal. Untuk buang curse ni diorang kena pulangkan barang2 yang diorang curik kembali ke tempat asalnya (at this time, diorang dah jual barang2 ni). So, pakcik (yang abang) tak tahan dah dengan curse ni so dia nak carik balik barang2 tu untuk hantar balik ke Dragon Cave tu tapi yang adiknya taknak. So, diorang gadoh2 and then adik bunuh abang (bakar hidup2 woii, bukan tembak2 ok). Tapi sebelum yang abang mati, dia dah pass kan curse tu kat anak dia (oh masa ni la lelaki hensem saya muncul ;)), dia suruh anak dia sambung pencarian barang2 tu.

Ehh, tatau la macam mana nak explain lagi. Baca sendiri la kat sini kalau nak tau selanjutnya. Kalau korang nak tengok pon, kat link tu ada videonya sekali! :) Tapi, ingat! Lelaki hensem tu saya punya! ahaha.

Yes, cerita ni pasal vampire. Sesetengah orang tak suka cerita2 vampire ni sebab tak masuk akal la apa la kan. Tapi Ain tak kisah je, janji jalan cerita tak boring, Ain belasah je. Lagi2 ada lelaki hensem (sape yang tak tahan dah nak bagi 5 kat muka ain, dipersilakan)!


xoxo

Labels: ,

4 avengers commented

@ 2:15 am
Wordless Wednesday #6


Assalammualaikum & hello,


xoxo

Labels:

7 avengers commented

Tuesday, 19 July 2011@ 3:00 am
Kari kepala ikan!


Assalammualaikum & hello,

First of all, semalam kan Ain puasa! "Puasa pon nak beritau ke?" Korang mesti cakap camtu kan? Ain bangga sebab semalam puasa yang paling lama Ain pernah buat! Sahur habis pukul 2.43 pagi dan bukak puasa pukul 9.25 malam! 18 jam lebih tuuu! (Sebenarnye lebih kepada padan muka sebab time winter hari tu taknak ganti puasa, time2 summer yang maghrib masuk lambat ni la baru nak ganti!)

Anywayyyy, Ahad lepas buat makan2 kat rumah. Menu utama kali ni adalah kari kepala ikan! Ain sebenarnya tak berapa sangat dengan kari ikan tapi ibu peduli apa, dia masak untuk tetamu bukan Ain!

Ni dia kari kepala ikan, masakan ibu gue.

Antara menu2 lain ; mee kari, ayam goreng kunyit, fajitas roll from Aunty Su, nasi goreng from Kak Niza & pasta bake from Aunty Lynn :)

Mak Abg Ajim, tetamu kami dari Malaysia (datang nak tengok konvo anaknya!). Kak niza, Aunty Lynn & little gemben!

Najeeha & Aunty Su :)

Ni kompom masing2 tengah berlakon letak expressi muka lain dari yang sepatutnya, sebab selalu muka masing2 tak la boring seperti dalam gambar! haha.

Najeeha, little gemben & Ilyas!

Dengan budak2 comel behingus! :)

Ce tengok tu muka my little gemben!
Sape nak gigit? haha sori no can do, Ain sorang je bole!

Bergambar dengan mak Abang Ajim sebelum mereka balik! :)


xoxo

Labels:

12 avengers commented

Monday, 18 July 2011@ 3:55 pm
Sekolah di England untung sebab...


Assalammualaikum & hello,

Tak sangka adik lelaki Ain nak masuk sekolah menengah bulan 9 ni! Dia tak matang langsung! ahaha. No, seriously.

Then again, I guess it's not his fault. Sekolah kat England system dia lain dari Malaysia. Kalau korang lahir sebelum bulan 9, korang lucky sikit la sebab korang akan dapat advance a year. Contohnya, kalau kat malaysia adik lelaki ain sepatutnya baru nak masuk darjah 6 bulan 1 tahun depan tapi instead dia nak masuk form 1 dah. Macam lompat satu tahun la kan.

Kalau lahir selepas bulan 9 (macam Ain), you just stay where you are je. I don't think it's unlucky though.

Anyway, yang betul2 kenapa untungnya sekolah di England...korang tak payah susah2 beli buku text, buku nota, etc. Semua dah disediakan kat sekolah sini! FREE of charge. Korang hanya sediakan alat2 untuk menulis je kot. Kalau budak2 nakal kat sekolah ain dulu lagi best, beg pon tak bawak. Pinjam pen kat sekolah je kau! So yeah, kita kat Malaysia sian tengok budak2 darjah 1 bawak beg macam ada batu kat dalam kan, kat sini budak2 sekolah lenggang kangkung je, bawak lunch box diorang je!

Untuk budak2 sekolah my lil sis lagi best! Sekolah dia baru tukar owner, so baju sekolah diorang semua tukar baru...because of that, diorang dapat diorang punya first uniform sponsored free! As for my lil brother, dia akan pergi sekolah my lil sis bulan 9 ni, so dia pon dapat free. So, hari tu...sekolah diorang ada buat ceremony untuk budak2 darjah 6 yang akan pergi sekolah tu untuk ambik uniform free diorang tu. Kalau tak ambik hari tu jugak, melepas la kot.

Dulu nama sekolah diorang Brownhills Math & Computing College, sekarang The Co-Operative Academy at Brownhills (I think better lagi nama yang dulu?).

Best la tu dapat baju sekolah baru free! Diorang dapat blazer, tie (ada colour rumah masing2 on it), baju t-shirt & sweater untuk P.E .

My sis ada line hijau kat tudung & tie dia sebab dia rumah hijau! My brother pulak dah ditentukan dalam rumah oren! So tie dia ada line oren.

Sekolah diorang ada rumah merah, biru, hijau & oren. My sis kata dia Slytherin (hijau, kononnnnn). Tu nama rumah2 diorang la, Discovery, Endeavour, Inspire & Venture.

So yeah, lucky kan mereka. huhu. At least sekolah diorang ramai Muslim. Ain sorang je Muslim kat sekolah Ain dulu, huhu.


Cheeky monkey cupcake yang comel & sangat sedap (tetibe).


xoxo

Labels: ,

13 avengers commented

Warning : Image heavy in most of my entries.


AIN S.B.
23 | England | Malaysian

A Muslim | A daughter | A sister | A dreamer | A reader | A writer | A photographer | A chocoholic -- so I had to cut down on this one urgh

"I am a dreamer and I will dream until all these visions in my head are fulfilled."
-- A


| Instagram: captaineverland
| Twitter | Keek : ainssb

Shipping service for Malaysian living in England ; Mira D Services


Where I live
My Photography
Talk About Fashion
Ramadhan in England
Hari Raya in England
Wordless Wednesday
Harry Potter's stuff
Jumpa Retis
Snow

The places I've been to:
London
Manchester
Bath
Kent
Lake District

January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 January 2014 March 2014
Thankyou for visiting!
Have a nice day :)

« Older posts | Newer posts »