Monday, 25 March 2013@ 2:27 pm
Snowing in Spring?
Assalammualaikum & hello,
Macam tak percaya je bila snow turun lagi hari tu. It's almost at the end of the March and it's supposedly Spring...pelik jugak. I mean, for the past 9 years I've been living here, this is the first time where there's still snow in March. Ibu kata...dah nak dekat akhir zaman la ni kot...Nauzubillah.
Tapi sempat la jugak bawak adik pergi main sledge semalam.
Tinggi jugak snow kali ni...yang tak berpijak tu, bila pijak,
dah nak sampai paras lutut pon ada.
Actually, kat around tempat kami tinggal je snow turun lebat (West Midlands).
Kat belah London, tak ada pon snow sangat diorang kata.
Playground sunyi je time snow. huhu.
Kebetulan kawan ibu dengan anak dia (from Malaysia) datang rumah masa tu,
bawak pergi main sledge sekali.
Cik Noli nak cuba! hehe.
Kak Mimi punya turn pulak!
Ibu and the gang singgah sekejap je sebab sejokkk katanya.
Kiteorang punya turn pulak. haha.
Candid. Nak naik bukit tu balik, tak sah kalau tak jatuh.
Saya masih muda.
Sempat jugak nak modelling. hahaha.
Alright, time's up!
Angin punya kuat masa nak balik tu. Melayang2 sledge tu~ huhu.
Buat video tapi failed, taknak upload. haha.
So nah, tengok gambar bergerak ni je la. teehee.
xoxo
Labels: Life: England, Snow
6 avengers commented
Wednesday, 13 February 2013@ 11:57 am
Wordless Wednesday #30 ; Today.
Assalammualaikum & hello,
xoxo
Labels: Life: England, Outfits, Snow, Wordless Wednesday
4 avengers commented
Saturday, 26 January 2013@ 4:34 am
Snow in January.
Assalammualaikum & hello,
*vacuum sawang-sawang celah blog*
It's snowingggg! Actually, this year's snow first appeared more than a week ago! Tak sangka snow kali ni stay lama...usually after 3-4 days, jalan dah start clear balik. Ni pon tadi snow turun lagi kat luar. Time-time camni, bapak Ain pesan doa banyak-banyak~
Masa 18th Jan hari tu (hari pertama or kedua snow start turun...tak ingat), keluar tangkap gambar sekejap.15 minit je sempat bergambar, pastu tak tahannnnn. Balik rumah carik heater, tangan dah biru (tangan Ain sampai sekarang tak immune dengan cuaca sejuk, pantang. huhuhu). Temperature lately tak payah nak cakap la...sejuk gilaaaa. Dalam rumah pon kena pakai baju tebal walaupon dah pasang heater. huhu.
Boleh buat ABC kaler-kaler. aha.
Winter Wonderland.
Snowball fights.
Masa snow dah tebal, sekolah kebanyakkan tutup. Even college pon tutup sebab kereta, bus semua tak boleh nak jalan. Kalau jalan, mesti ada yang stranded. And then again, jalan licin...so bahaya.
Sebenarnya hari tu, my parents pon almost encountered an accident. Ibu cerita, kereta masa tu tengah turun bukit...lepas tu tak boleh nak brake. And then ada kereta kat depan...kereta tu pon stuck, so dia tak boleh nak alih that fast...bapak Ain pon pusing punya pusing steering wheel (as if he's the top drifter in the world...I cannot imagine T__T), so they won't go towards the other car's direction....but booom..our car finally stopped but duduk melintang dengan kereta lagi satu tu. Sikit je lagi ibu kata...dia punya la takut. huhu.
Ni pon esok tak boleh keluar mana-mana. Tadi check kat luar (five hours ago), snow dah nak dekat sama paras dengan bumper depan kereta...
But push aside every disadvantages, snow memang breathtaking, SubhanAllah.
xoxo
Labels: Life: England, Other: Photography, Snow
11 avengers commented
Saturday, 11 February 2012@ 12:15 pm
Sambut birthday time snow, kena baling dengan...
Assalammualaikum & hello,
Haha sambut birthday time snow, instead of kena serbu dengan tepung & telur, kena baling dengan...SNOWBALL!!! haha.

Ahad lepas hari jadi Kak Nurul. Nasib badan beliau kena baling dengan snowball yang gumuk-gumuk & sujuk-sujuk! Huhu tak dapat bayangkan....brrr naik bulu roma. haha.

Little Akim pon seronok nak kena baling snowball! Comeeeel!

Aunty Lynn, juara pembaling (ehhh, ada ke word 'pembaling')...juara yang dapat baling snowball paling banyak kat Kak Nurul. haha.

ABC satuuuu! Ahh rindu la nak makan ABC...kalau snow turun banyak, kemungkinan kami bole buat ABC kat sini...tapi snow turun ciputciputt je...huhu.

Muka tekun membuat sesuatu niih.

Tadaaaaa. haha takde kerje! Geram tak bole nak buat snowman! Sebenarnya mula-mula Ain dengan Kak Nurul dalam mission nak buat snowman! Dah roll dah snow besar-besar tapi tak larat nak cantumkan badan ngan muka dia (tu la...berlagak nak buat snowman besar gileeee konon haha), then again kiteorang salah ambik snow...pegi roll snow yang atas rumput...tak lawa la jadinya...haish. Last last gave up, tinggal je dua snowball besar gedabak kat situ. huhu.

Kepushhhh!

Jalan macam ni la yang paling tak suka! T___T
Semalam pagi pon keluar keluar rumah, nak terjatuh. Memang takde snow semalam, tapi jalan macam licin semacam. Sampaikan ada orang jalan dekat tengah tengah jalan raya sebab pavement semua licin. Dekat atas jalan raya ok sikit sebab diorang dah tabur garam (garam untuk cairkan snow).
Hari ni tengok cuaca kat luar tu ada matahari...macam panas je, tapi mesti sejukkkk! Kat dalam rumah pon kena pakai glove!
xoxo
Labels: Life: England, Snow
21 avengers commented
Monday, 6 February 2012@ 8:02 pm
Snow in February! Finally...
Assalammualaikum & hello,
Entri yang sebelum ni Ain ada mention pasal kemungkinan ada snow kan...
YES! It was indeed snowing last Saturday!

Ni masa selepas sejam dua snow baru turun...tak tebal mana lagi...

Tangan beku! Carik gloves tak jumpa pulak dah!

Kak Nurul bermodelling in snow!
Ehh, nampak Ain macam terlebih minum susu je dalam gambar nih. Aha.

The family.

Chubbybearrrr!

My little sis taknak keluar main snow...so, tak bole nak ada family photo. Aish.

The kids had fun main sledge!

Ni masa malam. Dah macam nasi lemak seringgit dah ni kan. haha.
I personally think that snow ni best masa dia first turun je. But selepas tu, tak best mana sangat dah... Sejuk satu hal, bila dia dah cair...dia bukan cair macam tu je, dia turns icy...like slushy ice. Licinnn and then orang dah pijak pijak, kotor la ice tu. Ain pernah jatuh dulu kat sekolah. Tu sekarang macam phobia sikit sebab sakit ya amat (malu pon ye! huhu)! Kawan Ain semua tak suka snow. Especially time sekolah, sebab budak-budak suka baling snowball. Tengah jalan-jalan, tetiba je ada snowball hinggap di kepala...biul sekejap.
But yes, masa first dulu pegang snow memang eksaiteeed! Selepas beberapa kali jumpa snow, jadi macam adik Ain...nak keluar pon tanak dah time snow...huhu.
xoxo
Labels: Life: England, Snow
14 avengers commented