Assalammualaikum & hello,
Hmm tau tak donut yang hari tu Ain buat? Hari esoknya, my lil bro makan the last donut, dia panaskan dalam microwave...20seconds kot. Dia makan, gerupgerup bunyi masa dia gigit...pastu dia bagi pinggan donut tu kat Ain, "Ain, I like your donut, it's sweet & delicious, but yang ni tak delicious dah...yang ni keras gileh!" Ain pon belek2 la the last donut tu, ya Allah, memang keras! Kalau baling kat anjing, confirm anjing tu takkan kejar dah! Apsal jadi camtu eh? Hmm tak boleh panaskan dalam microwave kot? Sebab before dia panaskan tu, donut tu tak keras pon. Aish, mentang2 la dah lama tak buat donut! Attoi, malunya aku!
Anyway, hari ni rasa sepi sangat. Rindu la kawan2. Kawan2 kat England ni, masing2 busy dengan final exams, yang ada kat Stoke pon tinggal berapa ketok je. Yang lain semua dah masuk universiti merata2 tempat, susah la nak jumpa dengan diorang dah...Entah diorang ingat ke tak lagi Ain...masing2 dah jumpa kawan2 baru kan, Ain je tersekat kat sini lagi...aish, kesian2 (kesian kat diri sendiri sekali sekala takda masalah). Ada sorang kawan kolej nak jumpa lagi two weeks katanya...tak sabar! :D
Kawan2 kat Malaysia pulak, tak payah cakap la...macam mana nak jumpa? England dengan Malaysia kalau setakat 5 minit jalan kaki...ok 20 minit la...takpa la jugak! Ini, beribu2 batu jauhnya! Jangan cakap tak bole jalan kaki, naik kereta, lori, train, feri pon tak bole! Tu la, masalahnya sekarang, tambang kapal terbang mahal! Hmph!
Selalunya bila boring, kamera jadi kawan baik! ;)
xoxo
Post a Comment