Assalammualaikum & hello,
Hari ini kami ada tetamu di Stoke! Kak Murni namanya, kawan Kak Nurul! :) Actually Kak Murni datang semalam, bermalam kat rumah Kak Nurul. So, hari ni kami bawak dia pergi ke kedai pinggan mangkuk (Royal Doulton & Portmeirion) sebab itulah tujuan Kak Murni datang ke Stoke ni. Maklumlah, kat Stoke ni memang terkenal dengan Ceramics industry dia! Yang apa? Satu teko beribu2 kat Malaysia tu, kat sinilah tempat ia dijual! Stoke ni tempatnya kecik aje, so kalau jumpa orang melayu yang kami tak familiar around Stoke ni, dah tau dah diorang datang sebab nak pergi kedai pinggan mangkuk! ;)
Anyway, lepas dah habis pergi kedai pinggan mangkuk, kami bawak Kak Murni ke rumah Kak Niza.
Power tak powernya Kak Niza, penuh satu meja dia hidangkan untuk kami! Nasi ayam with taugeh masak kicap ada, tiramisu ada & rojak buah pon ada! Yummmmyy!!
Kami makan dulu ye~ hehe.
Bila Ain pegang camera, tak ada orang yang terkecuali, semua akan jadi mangsa Ain! Mwahaha.
Sebelum pulang kena ada gambar, kata Kak Niza.
Lepas dah habis sembang2 & makan nasi ayam Kak Niza yang delicious (Thank you akak!), kami finally ke train station hantar Kak Murni balik. Aw sekejap je jumpa Kak Murni. Masa pagi tu jumpa Kak Murni, dia ingat Ain ni senyap je, tapi bila Ain keluarkan power Ain, dia kata "Eh eh, comel jugak awak ni!" haha lawak la Kak Murni ni! Semoga kita berjumpa lagi ye Kak Murni! :)
Hmm actually, lama juga Ain tak menjejakkan kaki di train station ni...last sekali pergi bulan 12 hari tu la, masa pergi Holmes Chapel, to Harry's house. Kalau ada duit, bole je travel2 naik train kan...huhu tahun ni zaman meleset sikit.
Ibu pon turut berposing! :)
Selepas Kak Murni dah selamat naik train, mesti la kami...balik rumah? Salah! Kami ke rumah Kak Niza lagi...for the second round! Padahal tadi dah siap kiss kiss, bye bye, 'jumpa lagi' dah! haha. Sebenarnya Ain saja gatal2 nak tengok movie! Kak Niza punya husband, Abg Isa, ada satu hard disk penuh dengan movie, kiteorang pon apa lagi la! Haha tak malu.
First, kami tengok cerita 'Hang Pa Lah Hang 2', JoZan la hero2nya. Ceyh, JoZan lagi! But yg ni punya Ain tak suka sangat la jalan cerita dia. Mengarut sikit kot, sorry Johan & Zizan! And then, kiteorang tengok 'Sini Ada Hantu'. Best jugak cerita tu, lawak pon ada. Sambil2 tu makan mee goreng & samosa! Kesian Kak Niza, satu hari layan kami! huhu. Thank you again Kak Niza! :D
P.S Except gambar kami di train station, gambar2 lain dipetik oleh
blog Kak Niza! :)
xoxo
Post a Comment