Alhamdulillah tokwan selamat sampai hari Sabtu lepas :) Parents & adik lelaki je pergi ambik tokwan kat Gatwick airport. Ain dok rumah, mengemas & masak sikit. Cucu mithali...ceyhhhh! Well, everything has to be quite perfect innit ;)
Anak beranak happy! Mesti laaa. Berapa lama tak jumpa. huhu.
Bila ibu telefon cakap tokwan dah dalam kereta, rasa macam...excited gegilegilegile! Pastu ibu tepon lagi sekali beritau nak sampai rumah dah...hati ni rasa berdebar sangat! Kalah macam nak jumpa boypren (boypren pon takdak! Kalut hang Ain).
And then, the moment we've been waiting for...
Tokwan sampai!!!
"TOKWAAANNNNNN!"
Terus salam, dapat peluk, pastu tokwan cium kepala (sebaik dah mandi)...woahhh, lepas segala rindu serindu rindunya! hehe.
Pastu, bagi tokwan makan dulu...sembang semua...
Last skali, punggah beg tokwan la...apa lagi! ehehe.
ASAMMMM & JERUK! HOMAAILIFEEE!
(berapa banyak makan jeruk, malam tu sakit perut! Pedulikkan!)
IKAN MASIN WOIIII! Ikan bilis, ssgala daun suma ada!
Chipsmoreeee, kuih kapit, kuih bahuluuuuu! Ahhhh sedappp!
Tokwan pulak sampai-sampai, dah kenyang makan nasi, terus cari curut dia! Gahh lamanya tak bau curut! Sesetengah orang tak suka kan bau dia...busuk depa kata. Tapi bagi Ain takdak masalah :) hehe.
Finally ada gambar baru ngan tokwan...selepas 8 tahun :D
(awat muka putih semacam, tatau la.)
P.S hari ni bawak tokwan pergi Old Trafford Stadium kat Manchester. And guess what, ada players buat signing! Lindergaard, Carrick & Amos! Next entry...hehe.
xoxo
Post a Comment