Tuesday, 7 August 2012@ 5:50 pm
Trip Bersama Tokwan Part 3 ; Trafalgar Square
Assalammualaikum & hello,
[01st April 2012]
Masa kat
Hyde Park hari tu, banyak gambar Ain je ek, kata trip bersama 'tokwan'...ape daaa~
Ok ok, entri kali confirm banyak gambar tokwan pulak! huhu.
So, lepas dah ke Hyde Park, kiteorang pergi Trafalgar Square.
Ya ampunnn, ramai gila orang hari tu! Tambah-tambah lagi time panas...

'Tugu' untuk Olympics countdown. Well, masa ni 117 hari 5 jam 54minit dan 03 saat lagi nak start Olympic. Sekarang dah 11 hari dah Olympic berlangsung. Cepat sungguh masa berlalu...

Semua orang nak bergambar dengan singa yang femes dan hensem ni.


Kak Nurul suka gambar yang atas ni...comel ke? Tak comel pon.
Ain suka sebab Kak Nurul yang ambik. Kak Nurul la my assistant photographer ;)
Ahh rindu pulak kat Kak Nurul. huhuaa.

Time (gambar atas) ni lawak. Tokwan panggil Ain pastu dok secretly tunjuk-tunjuk aunty-aunty kat sebelah tu. Rupanya, nak suruh ambik gambar. Nampak sikit kat England, katanya. ahaha.

Belakang tu ada 'Tourism Malaysia' punya office!
(Tekan gambar untuk nampak lebih jelas. Jelas sikit laa)

Tokwan sempat buat kenangan dengan pakcik motor roda-tiga ni.

Tokwan cakap dengan Ain..."Hang cuba la ambik gambaq macam paparazzi tu sikit...baru pro!"
Haa pro tak ni? Nampak tokwan ngan Kak Nurul macam pergi dating dah! :P
Oh ya, kat Trafalgar Square ni la time
Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 premiere was held at! :D
Next trip ke Buckingham Palace pulak!
xoxo
P.S Aww Dato' Lee Chong Wei nangis... Well, he's given all his best. The best for all Malaysian!
So, Dato' Lee Chong Wei, don't worry, you're still the best!
Kita doakan untuk Azizulhasni Awang pulak! :)
Labels: Family: Tok Wan, London
10 avengers commented
Tuesday, 24 July 2012@ 1:10 am
Trip Bersama Tokwan Part 2 ; Hyde Park
Assalammualaikum & hello,
[01st April 2012]
Ok, bersambung dari
part1...bila dah masuk London Central, Mr. Bapak Driver berhenti kat Hyde Park.
Tapi bila asked..."Ok, siape nak turun ni?" ...semua orang cakap..."tak nak..." or "pergi la..."
Kak Nurul pening...tokwan pon malas nak berjalan...baru nak bawak diorang pergi Princess Diana punya memorial park. Sebenarnya, diorang nak berhenti nak makan (sebaik memang bawak bekal) je rupa-rupanya.

Tokwan keluar dari kereta jap, ambik angin katanya. Pastu sempat la tangkap gambar dengan kuda-kuda orang 'posh' (ehh, entah-entah kuda ni yang kuda untuk rent tu je kot...entah la) lalu kat situ.
Last-last,
Iba je yang nak ikut.
Iba's fashion of the day: Blue pashmina + Blue/white stripy top + Yellow chinos + Light yellow cotton coat + Eeyore's backpack + Adidas high cut

My fashion of the day: Maroon pashmina + Black/white stripy top + Dark grey chinos + Grey cardigan + Flowery sling bag + Converse style shoes

Beautiful sceneries on our right and left while on the way. Hyde park ni sangat luas. Kalau masuk, kena ingat jalan balik, kalau tak, keluar kot jalan sebelah nun jauh di sana...boleh sesat la.

We're almost there...
While waiting for Iba nak pergi toilet la pulak...

Here we are at Princess Diana's memorial park. Ok, sebenarnya...beberapa kali dah pergi sini cuma tak nak pernah took proper pictures. Kat area ni ada special little fountain around the park yang dibina untuk peringatan kepada Princess Diana.

Rasa macam nak rendam kaki dalam tu jugak but malas la nak bukak kasut semua...

Rendam tangan je la...
Part 3 nanti kat Trafalgar Square.
Ada tugu (ehh tugu ke nama dia?) Olympic Countdown :)
xoxo
P.S Alhamdulillah, puasa selama 18 jam so far so good :)
Labels: Family: Tok Wan, London
9 avengers commented
Thursday, 14 June 2012@ 4:02 am
Trip Bersama Tokwan Part 1 ; Bath & Wembley Stadium
Assalammualaikum & hello,
[31st March 2012]
Yep, bermula la al-kisah trip bersama tokwan sebelum beliau berangkat balik ke Malaysia
hari tu. Kalau ikut tokwan, beliau nak jalan kat London je sebenarnya tapi kiteorang sempat singgah Bath (bukan nak pergi mandi, memang nama tempat tu 'Bath' haha).

Bath ni tempatnya dikelilingi dengan bangunan lama-lama, some tu memang ancient habis...so, cantik la tempat dia. Cuma, masa kiteorang sampai tu hari dah nak gelap...tak sempat nak berposing sana sini sangat. huhu.




(Ceyh, tadi cakap tak sempat nak berposing...pirahhh~)
Lepas daripada Bath, kiteorang singgah Stevenage (luar dari London sikit), rumah Auntie Nadia and bermalam kat situ.

Kiteorang dijamu menu special malam tu~ cuba teka apa dalam ni?

Ja jaang! Daging masak Moroccan style, everybody. Sedapppp~!
Perut pon tengah lapar masa tu, terbaik habis la!


Pagi esoknya, sebelum bertolak ke Central London.

Thank you Auntie Nadia & Uncle Zul~!
I'll be back! Nak makan daging masak Moroccan lagi (muka tak malu memang camni)!
First infamous sight: Wembley Stadium

Masa hari tu agak sesak around Wembley Stadium ni, tatau kenapa. Nak bawak tokwan pergi dekat sikit tapi tokwan kata, tangkap daripada jauh pon takpe, asal ada.

Tokwan bergambar dengan London taxi.
Ok, sampai sini dulu. Will continue later~
xoxo
Labels: Bath, Family: Tok Wan
8 avengers commented
Saturday, 7 April 2012@ 3:40 pm
Tokwan dah balik Malaysia...
Assalammualaikum & hello,
Memang cepat sangat rasa masa ni berlalu. 2 minggu tokwan kat sini rasa sekejap gila! huhu. Tokwan balik Malaysia hari Isnin hari tu Alhamdulillah selamat sampai hari Selasa pagi (time Malaysia).
Kiteorang pergi jalan-jalan kat London since hari Sabtu pastu terus hantar tokwan kat Heathrow Airport Isnin tu.

Masa ni tokwan bole senyum lagi...huhu.



Sedih dahhh... (tokwan pon tangkap gambar tutup mata je...huhu.)

Before tokwan nak masuk dah...
Sedih betul tengok airmata tokwan...
Ahh, I miss him already... Well, InsyaAllah kalau dipanjangkan umur & murah rezeki, either one of us could definitely meet again one day!
xoxo
Labels: Family: Tok Wan, Life: England
6 avengers commented
Thursday, 22 March 2012@ 11:33 pm
Dah lama tak bau curut tokwan!
Assalammualaikum & hello,
Alhamdulillah tokwan selamat sampai hari Sabtu lepas :) Parents & adik lelaki je pergi ambik tokwan kat Gatwick airport. Ain dok rumah, mengemas & masak sikit. Cucu mithali...ceyhhhh! Well, everything has to be quite perfect innit ;)


Anak beranak happy! Mesti laaa. Berapa lama tak jumpa. huhu.
Bila ibu telefon cakap tokwan dah dalam kereta, rasa macam...excited gegilegilegile! Pastu ibu tepon lagi sekali beritau nak sampai rumah dah...hati ni rasa berdebar sangat! Kalah macam nak jumpa boypren (boypren pon takdak! Kalut hang Ain).
And then, the moment we've been waiting for...
Tokwan sampai!!!
"TOKWAAANNNNNN!"
Terus salam, dapat peluk, pastu tokwan cium kepala (sebaik dah mandi)...woahhh, lepas segala rindu serindu rindunya! hehe.
Pastu, bagi tokwan makan dulu...sembang semua...
Last skali, punggah beg tokwan la...apa lagi! ehehe.

ASAMMMM & JERUK! HOMAAILIFEEE!
(berapa banyak makan jeruk, malam tu sakit perut! Pedulikkan!)

IKAN MASIN WOIIII! Ikan bilis, ssgala daun suma ada!

Chipsmoreeee, kuih kapit, kuih bahuluuuuu! Ahhhh sedappp!
Tokwan pulak sampai-sampai, dah kenyang makan nasi, terus cari curut dia! Gahh lamanya tak bau curut! Sesetengah orang tak suka kan bau dia...busuk depa kata. Tapi bagi Ain takdak masalah :) hehe.

Finally ada gambar baru ngan tokwan...selepas 8 tahun :D
(awat muka putih semacam, tatau la.)
P.S hari ni bawak tokwan pergi Old Trafford Stadium kat Manchester. And guess what, ada players buat signing! Lindergaard, Carrick & Amos! Next entry...hehe.
xoxo
Labels: Family: Tok Wan, Life: England
13 avengers commented
Saturday, 10 March 2012@ 2:18 am
Cepatnya masa berlalu...
Assalammualaikum & hello,
Wow, dah bersawang dah blog ni! Shame on you, Ain! Psssh.
Kepada followers Ain, sori sangat! Bukan apa, semenjak kebelakangan ni...busy tu memang ye, malas pon ye jugak. huhu. Ain punya kos photography dah nak tamat akhir bulan March ni, so sekarang ni tengah bertungkus lumus nak siapkan portfolio. Sebaik logbook dah siap! Dapat komen "brilliant" dari cikgu Ain. Hehe yesssss!
Minggu depan kan kan kan, Tok Wan Ain datang Englandddddddd! Homailifeeee! Masa dulu cakap..."Tok Wan datang bulan March...2 bulan lagi...." pastu, "Tok Wan datang bulan depan...lambat lagi..." and now... "Tok Wan datang minggu depan!!!!!!!!!"
Sekejapnya masa ni berlalu kan?
But...tak sabarnya nak jumpa Tok Wan Ain...setelah 8 tahun... huhuhuhu. *kontrol hingus*
Tok Wan saya yang tengah ye kawan-kawan.Doakan Tok Wan Ain selamat sampai sini!
InsyaAllah.
xoxo
Labels: Family: Tok Wan
7 avengers commented
Wednesday, 17 August 2011@ 2:05 am
Bila sambut Ramadhan & Aidilfitri di perantauan...
Assalammualaikum & hello,
Sejak dua menjak ni, hati ni asyik la sangat rasa sayu. But memang tiap2 tahun selama 7 tahun ni, masa bulan Ramadhan je rasa sedih. Siapa tak sedih bila berjauhan dengan kampung time2 camni. huhu. Macam ni la kami2 yang di perantauan ni rasa, setiap kali tak dapat balik beraya di kampung tercinta...
Dalam dingin subuhhh, hatiku terusik, kenang nasib diri di rantauan...bergem--

...sentimental plak dah tengah2 pagi nak tunggu sahur ni...haish!
Anywayyy, time-time camni, kalau kat Malaysia best gila la kan. Boleh pergi Bazaar Ramadhan, boleh tempah baju dengan Mak Andam, ehhhh Mak Andam plak dah, dengan Makcik Tailor Swift (glamer sikit)... or kalau tak sempat tempah, pergi je kedai, beli baju kurung/jubah/melayu yang dah siap. Suasana kat merata-rata pon meriah je! Ye la, nak sambut Hari Raya kan! Sama la macam kat sini pon, nak sambut krismas, meriah je...
Tok Wan Ain...cuba teka yang mana satu?
Yang tepi kiri?! Amboiii, hang pandai perli cek noh!!
Yang kanan sekali? Ceyh, rasa femes la plak...atuk I Jalaludin Hassan, yo!
Yang tengah? Pandai pon *bagi duit raya tipu-tipu*! Sama kan muka kami? ^-^
Ain especially rindu Tok Wan Ain di Penang. Also, Arwah Tok Nab Ain yang tak berkesempaian untuk jumpa... Raya kali ni would be Raya kedua Tok Wan Ain raya tanpa Tok Nab. Makwe di Pahang pon of course la Ain rindu. Takpe2, InsyaAllah Raya tahun depan Ain balik raya dengan Tok Wan & Makwe, jika masa mengizinkan... Tok Wan & Makwe tunggu ain, ok!
xoxo
Labels: Family: Nenek, Family: Tok Wan, Hari Raya, Ramadhan
15 avengers commented