Monday, 20 May 2013@ 8:01 pm
Oh my life! Macam tak percaya Prince Charles depan mata!
Assalammualaikum & hello,
Hari Khamis hari tu, Prince Charles datang melawat tempat Ain tinggal ni, Stoke-On-Trent. Tempat ni walaupun tak sebesar mana tapi banyak olden stuff dan tempat ni tempat buat pottery (sebab tu la tempat ni
banyak jual pinggan mangkuk) (eh banyaknya Ain cakap 'tempat' dalam satu sentence).
Adik lelaki Ain ada cakap Prince Charles akan melawat sekolah dia jugak hari Khamis tu.
Sekolah adik Ain ni pulak baru di-renovate dah ditukar ownernya. Owner baru ni pulak owner of one of the big company kat England (semua benda diorang nak own kot. From local market to funeral care to sekolah dah la nampaknya sekarang).
Anyway, ibu Ain dia kalau bab-bab jumpa retis (eh chop, Prince Charles kira retis jugak la kan?) ni excited daripada Ain kadang-kadang. haha. Dia la yang kejut Ain pagi-pagi...nak ajak tengok Prince Charles. Mana la tau nampak Prince Charles keluaq kereta, lambai lambai pon jadik la...katanya. So, Ain pon...sebagai anak yang solehah, yang dengar cakap ibu bapak ni pon bangun la, pergi bilik air, gosok gigi...hoi, semua benda nak cakap ke?!
Sampai sekolah tengok polis banyaknya! Lagi excited la kan! (Sebenarnya, Ain tak percaya Prince Charles nak datang pon huhu) Pastu nampak ada sekumpulan makcik dan pakcik kat luar sekolah tu...dalam hati, "Depa ni mesti peminat Prince Charles." Cakap orang, tengok-tengok ibu kita hilang dah kat sebelah...rupanya dah join sekelompok makcik dan pakcik tu. Siap diri depan sekali (ibu kami, bab-bab potong line ni nombor satu jugak)!
Sekali Prince Charles keluar sekolah! OMG Prince Charles depan mata,
getaqqq sat! But seriously, tangan ni getaq pegang kamera, hampir
tak sempat nak ambik gambaq ibu salam dengan Prince Charles!
Haa tengok ni! Kata dah, ibu diri depan sekali. Prince Charles siap sembang-sembang dengan dia. "Bila nak mai rumah, minum-minum teh? Teh ada banyak kat rumah, dah simpan stok untuk setahun." Amboi Prince Charles ni, tau la the Queen suka minum teh!
Ok, berangan la sangat Prince Charles nak ajak gi rumah dia.
Prince tu cuma tanya, ibu ada anak ke pergi sekolah ni? Dia happy ke dengan perkembangan sekolah ni semua? Ibu kami pon jawab la (sebaik ibu kami pandai la jugak berbahasa English. haha).

Pastu ada makcik ni datang dari belah sana. Lari lari nak
jumpa Prince Charles sampai kena tahan dengan bodyguard dia (makcik ni
mesti peminat no.1 Prince Charles).
Dah sembang sembang semua, Prince Charles pon balik...
Prince Charles, nak ikuttttttt balik! Nak kahwin dengan jumpa Prince Harry!
Nak jumpa Prince William & isteri beliau yang gorjes jugak!
Sudah sudahlah tu berangan Ain oi.
But Prince Charles ni memang peramah la, siap gelak-gelak buat lawak lagi! Baik orangnya.
Polis yang escort pon semua sopan. Bawak tak laju, tak pasang siren pulak tu.
Ala-ala macam bawak rombongan Cik Kiah.
Ain sempat jugak ambik video :)
xoxo
Labels: Jumpa Retis, Life: England, Other: The Royal
8 avengers commented
8 Comments:
Post a Comment