Assalammualaikum & hello,
Ain : Oh mama, saya sudah jatuh cinta!Mum : What?! WHO WITH? (kononnye ibu bajet speaking)
Ain : Dengan...Mum : Jangan mengade-ngade! Kayu berlambak lagi nak kena potong, takde masa nak berchinta-chinta! (Oih, ni bukan ibu ni, ni dah macam uncle tiri!)
/Please take note that, dialog diatas hanya lakonan dalam kepala Ain Syatirah, takde kena mengena dengan yang hidup atau mati/
Anyway, Ain jatuh chinta dengan sapa plak ni? Erm....hihihihi (gelak mengada-ngada).
HENSEM TAK, HENSEM TAK?!
Heyyy, sila jauhkan tangan anda dari skrin! DO NOT TOUCH, HE'S MINE! You've been warned!
Ok, tarik nafas jap. Phewwww. Sebenarnya, Ain baru habis tengok drama Thailand ni (orang layan Korean, dia layan Thailand. But hey, saya layan semua ok!). Ruk Mai Mee Wan Tai tajuknya or also known as Love Never Dies.
Drama ini mengisahkan tentang dua orang pakcik (adik beradik) yang gatal2 tangan curik 117 barang yang tak sepatutnya sentuh dalam Dragon Cave ni. Akibatnya, mereka digigit dengan blood-sucking kelawar & tak pasal2 dapat curse jadi immortal. Untuk buang curse ni diorang kena pulangkan barang2 yang diorang curik kembali ke tempat asalnya (at this time, diorang dah jual barang2 ni). So, pakcik (yang abang) tak tahan dah dengan curse ni so dia nak carik balik barang2 tu untuk hantar balik ke Dragon Cave tu tapi yang adiknya taknak. So, diorang gadoh2 and then adik bunuh abang (bakar hidup2 woii, bukan tembak2 ok). Tapi sebelum yang abang mati, dia dah pass kan curse tu kat anak dia (oh masa ni la lelaki hensem saya muncul ;)), dia suruh anak dia sambung pencarian barang2 tu.
Ehh, tatau la macam mana nak explain lagi. Baca sendiri la kat
sini kalau nak tau selanjutnya. Kalau korang nak tengok pon, kat link tu ada videonya sekali! :) Tapi, ingat! Lelaki hensem tu saya punya! ahaha.
Yes, cerita ni pasal vampire. Sesetengah orang tak suka cerita2 vampire ni sebab tak masuk akal la apa la kan. Tapi Ain tak kisah je, janji jalan cerita tak boring, Ain belasah je. Lagi2 ada lelaki hensem (sape yang tak tahan dah nak bagi 5 kat muka ain, dipersilakan)!
xoxo
Post a Comment