Kadang-kadang kan, bila orang Ain baru kenal dan diorang baru tau yang Ain dah duduk England lama...diorang akan cakap sama ada,
"Wah lama dah! Mesti terrer speaking kan?"
or
"...dah duduk England lama, tapi masih fasih BM eh?"
Mesti laa~ Ain dengan family memang cakap BM kat rumah (well, campur la sometimes dengan adik-adik). Tapi tu la...ada je perkataan-perkataan BM yang dah lupa. huhu. Tu yang kadang-kadang tu cakap melalut-lalut...
Terbalik terbalikkan hurup sesuka hati tu pon ada jugak...macam 'janggal' jadi 'ganjal' .
Selalunya Kak Nurul la perasan..."apa Ain? Ulang lagi sekali?" Selalu dia akan cakap camtu kalau Ain salah cakap.
(Scene 1 : Jamuan makan-makan)Kak Nurul : Ain dah makan nasi dah? Ain : Nasi japgi...Ain makan makanan...*tengah cari perkataan*...sesat dulu...Kak Nurul : *hahahaha* makanan apa Ain? Sesat?Sebenarnya nak cakap...'side' tapi dalam kepala tu tetap nak carik perkataan melayu...
haaa 'sesat' laa jadinya. Haish.
(Scene 2)
Ibu : Nak tengok cerita apa ni?Ain : Hello babi---ehhhh Hello Baby!Ibu : *hahahahaha*
Tengok tu, salah cakap sampai mencarut depan ibu! Astaghfirullahallazim.
(Hello Baby tu Korean Show btw :))
(Scene 3)
Ain : Kesian Khyra...banyak...gelembung-gelembung dalam tekak dia...Ibu : Gelembung atok hang! Gelema!Bapak : Sebaik tak cakap gelama...ikan gelama jadinya... -.-Ini baru sikit...huhu. Yang adik-adik lagi lawak bila ada nak cakap perkataan Melayu yang diorang tak reti nak cakap...haha.
Kisah adik lelaki :
- Bahasa Melayu tunggang terbalik- Google translate tak boleh harrrap!So, kalau ada dalam blog Ain ni salah peribahasa ke, salah tatabahasa ke,
ermmm harap maklum & harap maaf. huhuu.
xoxo
Post a Comment