Assalammualaikum & hello,
Ni adik Ain yang lelaki, jarak umur kami 10 tahun (tak perlu pon beritau part ni but saje nak memanjangkan ayat). Maklumlah, dia datang England ni semasa umur dia 4 tahun, so Bahasa Melayu dia tunggang terbalik sikit la. Bila dia nak cakap benda yang dia pernah dengar tapi tak pernah sebut, mula la jadi lain perkataan tu (cakap orang, dia pon sama). Kalau dia nyanyi lagu melayu lagi la! Ya Allah! Seriously, macam nak menangis ketawa. Itu pon ada hati dia nak rap Zizan punya parts dalam 'Selamat Tinggal'. haha. Sekarang ni trend dia nyanyi "aku kembali". Nope, itu bukan tajuk lagu...kiteorang pon tak tau lirik lagu mana yang tersekat dalam kepala dia tu. Sekejap2, "aku kembaliiiiiiii~"! Dulu kiteorang ask dia, dia tau ke "aku kembali" tu apa? Memang dah agak dia tak tau la, haha.
Masa dia nyanyi lagu Hafiz 'Noktah Cinta'...
"
Tuhan tolong jatakanlah, padanya tentang cinta (ok lagi part ni) Ada PERPASI dhiri ku dipherlukan~"
Ain : Aleef, what is PERPASI?Adik : DIA YANG JANYI CAMTU!Ain : It's not 'PERPASI' la. It's 'A-DA-KAH MA-SIH' !
Adik : BUTUL LA! Aleef cakap 'AKAH BASIH'!
Ain : -.-
Ada sekali ni, dia nak cakap "hancing" tapi pronunciation dia "hanjing".
Adik : Nanti smell bacam (dia susah sikit nak sebut 'm') hanjing!Ain : Eeee, Aleef pernah smell dog ke?Adik : Bukan dog la! HANJIIING! Smell macam air kincing tu!!!Ain : AHAHA *tergolek atas lantai*Kadang2 suka sakat dia suruh baca sentence bahasa melayu. "Daun-daun" boleh jadi "Dun-dun".
And dia selalu confused dengan masam & masin. Buah yang masam gila boleh jadi "MASINNYE BUAH NI!". Bile dia taste lauk yang baru masak (termasin sikit) "Masam la ayam ni..."
Haish, tu la dia adikku yang melayunya tunggang terbalik. Ni baru sikit, ada lagi yang words yang lagi lawak tapi tak ingat la pulak sekarang.
xoxo
Post a Comment