<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/09994483045390067496" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7643615283666885507?origin\x3dhttp://tinkerbellola.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, 17 June 2013@ 2:21 pm
Sehari di Central London.

Assalammualaikum & hello,

Entri ni sama hari dengan hari yang first time dapat minum bubble tea (01st June 2013) .

Our OOTD (outfit of the day). Kami memperagakan shawl baru yang Mak Long kami kirim dari Malaysia! hehe.
Thank you Mak Long!! :D

So, first stop bawak diorang ni breakfast. Masing-masing dok complain lapaq.

Kebetulan pulak hari tu Disneyworld punya 20th Anniversary. 
So, Disney store buat special opening ceremony. Siap ada camera and everything tak pasti pulak untuk channel apa...mana la tau kan camera tu captured muka Ain...amboii, berangan sungguh hang ni Ain!

 Signing their special guest book for the 20th anniversary.

My lunch, paprik from Malaysian Hall's canteen. First time tengok sotong bentuk camtu!

And then, petang tu jalan-jalan dekat Hyde Park, singgah Princess Diana's memorial fountain...

Dia ni tengah ready nak masuk dalam air...

Dalam ramai ramai budak, dia yang budak paling besar joining in berendam kaki...
tak malu.

 Ni nak malu ke nak modelling? Konon je nak jadi model... porahhh.

Let's try again...
Shawl pulak buat hal...

Finally. Ok dak? Ada ciri-ciri future top model dak? hahahh.

Ni dah kenapa?
 
Selamat tinggal tupai dan swan dekat Hyde Park. Semoga kita berjumpa lagi.


Basically, this is quite a hopeless entry. Sorry everyone huhu.
Thank you for reading!


xoxo

Labels: , , ,

9 avengers commented

Friday, 12 October 2012@ 12:33 pm
Photography ; In the style of Albert Watson's

Assalammualaikum & hello,

Kebelakangan ni tatau la kenapa malas sangat. hhuhu. Sebenarnya, ada je cerita yang nak di-update kat blog tapi...haishhh. Bila mood takde pon lagi satu kes T___T

But anyway, sementara dah on blog ni, Ain update dulu la topic yang dah berabuk dalam draft Ain (a'ah, sampai dah berabuk dah...). So, photography course Ain dah habis lama dah...entri ni pon supposedly dah post lama dah. huhu. 

Well, these pictures were tended for my portfolio: In the style of Albert Watson, one of the famous fashion/art/celebrity photographer. We could choose any photographer really but I chose Albert Watson because I was really captured by his black and white images. They're flawless! 

Had to dragged little brother to the studio to be my kid model. 





Of course my works still can't come close to Albert Watson's but I've tried my best and I'll keep practising to become as good :)


P.S Click on the pics for bigger images.


xoxo

Labels: ,

10 avengers commented

Wednesday, 22 August 2012@ 6:31 pm
Wordless Wednesday #28 ; No comment.

Assalammualaikum & hello,


xoxo

Labels: , ,

15 avengers commented

Thursday, 12 January 2012@ 4:00 am
Birthday for the January bebehhh!

Assalammualaikum & hello,

On the 8th hari tu, hari jadi ibu Ain. Happy birthday ibuuuu! Tunggu nanti Ain kaya satu hari nanti, I'll treat you like you deserved, ok! I labbb youuuu so berry muchooo!

Pastu on the 11th semalam (sama dengan Dato Siti oiiii!), hari jadi adik lelaki Ain!
Dia nih...dah 12 tahun, tapi perangai...haish.

Buat jamuan on the 7th hari tu sebab ada lagi dua orang sambut birthday on the January jugak!
The January bebeh : Ibu, Kak Fiza (tudung biru hitam) & Hazim (baju checkered hujung kanan ni) on the 4th & Aleef (adik) on the 11th.

Kek Aleef & Hazim. Sorry la y'all punya mata kena menatap kek yang tak seberapa lawa ni (dah la 'L' tu dah tergelincir). Janji rasa ada cukup laa...huhu.

Macam hantaran la pulak.

Calon-calon kategori 25 tahun ke bawah. Calon mende la pulak nih?

The geng.

Ceyhh, hyper depa nih jumpa aii!

Suka sungguh mereka dengan starwand tuu!

Gurlprennn. Sarah nak balik Uni (4 hours from Stoke) dah Jumaat ni...sedihsedih.

Keletihan.


xoxo

Labels: , ,

6 avengers commented

Tuesday, 13 December 2011@ 12:40 am
Orang dah start Christmas shopping!

Assalammualaikum & hello,

Pergi la shopping mall kat mana-mana dalam UK nih sekarang ni, penuh gila kot! Sabtu lepas pergi Birmingham Bullring Shopping Centre, Ya Allah...sesakkkk! Pulak tu, Birmingham ni lebih kurang macam London jugak...it's one of the biggest city dalam UK ni, so ramai la foreigners aswell! Tengok ramai orang Cina shopping kat Selfridges berbag-bag kau! Jeles je tengok! haha.

Sebenarnya bapak Ain ada kerja kat Birm, so kiteorang just tagged along. He dropped us there and yeah, pergi la mana nak pergi. Penat jugak bawak adik kesayangan (sayang la sangattt) dua orang ni shopping. Penat otak! huhu. Sebab Ain ni memang jenis suka berjalan dan tak kisah berjalan (kaki) jauh. Yang diorang ni pulak, cepat penat...so, sekejap-sekejap nak duduk...kesian tu, memang kesian, tapi masalahnya tempat tu ramai gila orang so nak cari tempat duduk pon susah. Cafe, restoran semua penuh!

Takut la jugak si Iba tetiba pengsan sebab dia memang dah ada pengalaman...masa Boxing Day (Winter sale) kat London 2 tahun lepas, dia pengsan tengah orang-orang ramai...panic la Ain & Ibu dibuatnya! Tu cakap dengan dia, ni last time bawak dia shopping tengah-tengah sale! Sebab bila time sale especially kat tempat-tempat shopping camni memang akan SESAKKK! Yang si Aleef pulak, biasa la lelaki...masuk kedai perempuan je, suruh cepat...nak tengok baju ke apa ke pon tak sempat dahhh. haish.

Tapi Iba best la, dia dapat coat baru & hari ni dia dapat kasut idaman dia!
Dia kumpul duit nak beli kasut ni haaa...
Style ala-ala Justin Bieber tu laa (she's not his big fan tho) ...tapi memang smart la kasut ni! Ain pon memang dah idam satu tapi tak bolehhhhhh laaa sebab tengah kumpul duit nak beli DSLR! T____T

And YAY! Sebab Ain kakak yang tersangat baikkkk (haha),
mereka hadiahkan Ain JLS punya new album! :D
(Actually, dapat ni sebelum bawak diorang pergi shopping pon! hehe)

Ain dah start pakai new lenses yang Ain menang contest candid photo by lovely Byha tu! hehe.
Style dia actually not much different from the one yang Ain selalu pakai tu, cuma ni lagi besar! Trying to get use to it...but I do love it! :D



xoxo

Labels: , ,

14 avengers commented

Friday, 9 September 2011@ 1:01 am
Cuti Summer dah habisss!

Assalammualaikum & hello,

Now now murid-murid, cuti dah habisss...start untuk merajinkan diri pergi sekolah pulak! mwahaha (gelakkan orang nombor satu). So ye, summer holiday dah pun tamat! Untuk kebanyakkan sekolah di England ni la...ada yang start hari Isnin hari tu, ada yang start hari Selasa...

...untuk sekolah budak2 berhingus ni pulak, start hari Rabu. Aman damai la sikit siang2 kat rumah ni! Lepas pukul 3.30ptg je...hancusss telinga.

Sekolah menengah dah budak nih...
padahal belum masuk 12 tahun lagi, perangai pon...hmphhhh, sabo je la!

Adik perempuan pulak tahun ni last year dia kat high school & dia dapat jadi pengawas :)
(ikut jejak kakak dia la nii! hehe.)

Universiti pulak ada jugak dah start, ada tu yang akhir bulan baru start...but dengar cerita, kat Malaysia pon universiti sekarang dah ikut system kat sini ye? Like, bulan 9 start semester baru? Btw, bole baca sini kalau nak tau camna system sekolah kat sini :)

Anyway, good luck to those yang ade trial ke, exams ke, ape2 la yang berkaitan dengan sekolah, universiti or even kat tempat kerja! :)


xoxo

Labels: ,

9 avengers commented

Friday, 12 August 2011@ 5:04 am
Bila tak fasih Bahasa Melayu...

Assalammualaikum & hello,

Hari tu adik lelaki Ain nak buat dorayaki..ceyh, konon nak buat sendiri, 'without any help' (sebab mulanya Ain taknak buatkan. Saya bukan kakak yang jahat ok, saya kurang rajin je masa tu huhu). Suruh dia bukak kat myresipi, type 'dorayaki'. But lama jugak dia tenung skrin monitor tu...

Ain: Jumpa tak resipi tu?
Adik: Jap, nak translate it...(selepas 1 min)...dia kata,
"in a large bowl, hit the egg with sugar so the flower"

Ain: WHAT?! (sebaik time puasa kalau tak dah tersedak tulang ayam)
Adik: DIA KATA..."in a large bowl, hit the egg with sugar so the flower!"
...dia kena pakai flower...and nape dia kate language detected 'Indonesian'
...kita bukan 'Indonesian'?


Ain pon tanpa membuangkan masa pergi tengok la apa yang merepek sangat tu...

[Klik untuk besarkan imej] Haa ambik hang! Dapat translation pon salah! So the flower? Whattt? Tatau plak dorayaki kena pakai flower! Ahaha. Nampak sangat la google translate ni tak boleh pakai!


With adikku yang naive tapi sewel seperti kakaknya.


Kisah lagi satu ; bahasa melayu tunggang terbalik


xoxo

Labels: ,

14 avengers commented

Tuesday, 9 August 2011@ 4:14 am
CHESS ni best, rupanya!


Assalammualaikum & hello,

Dulu dok ingat "best ke main chess ni?", "macam complicated je", "chess ni untuk geeks je kot!" & banyak lagi negative2 thinking yang lain.

Rupa-Rupanye...Ain dah jadi geek yang terbesar di dunia (padahal takde kena mengena pon geek dengan chess)! Addicted rupanya main chess ni! Bila sekali dah terrer tu (ceyh mengaku terrer walaupon dah kalah dengan adik lelaki yang berumur 11 tahun, 4 kali), macam tak bole berhenti main! Ye la, bila kalah macam frust la jugakkan, tapi bila dah menang tu...rasa diri macam mastermind yang power rangers sekejap la! :D

Kiteorang punya chess versi HARRY POTTER! Ain team white everytime! :)

Chess ni best main bila ada masa yang lapang. Ain start main ni pon sebab nak layan adik masa puasa ni...asyik boring je katanya (ye la, budak2 puasa mana pernah tak boring ye dak). Tu yang belajar main jugak tu! Siap baca instructions dari mula sampai habis (tak penah2).


Knight yang Ron Weasley naik! ;)


Siapa tak pernah main, cuba la belajar main chess ni! It's actually quite fun! :)


xoxo

Labels: , , ,

6 avengers commented

Friday, 22 July 2011@ 10:39 pm
Summer holiday is here!

Assalammualaikum & hello,
Kebanyakkan sekolah2 di England dah start dah summer holiday, as of today. Hmm rumah akan sentiasa bising la lepas ni! huahua. My little brother pon dah habis dah zaman sekolah kebangsaan dia. Hari ini dia balik macam sedih je.

Ain: Aleef sedih ke?
Adik: ...
Ain: Ade orang cry ke?
Adik: Takde.
Ain: Ceyh~ Aleef sedih ar tu.
Adik: ...
Ain: Ade orang nangis?
Adik: I said takde la! Ish!

(Saye suka nyakat! :D)

Dia punya leaving certificate.

Semalam pergi dia punya leavers assembly. Dia buat performance dengan kawan2 dia.

Terabur gila diorang dance but mereka budak2 tak cukup umur lagi, so I'll let them off this once. huhu.


With Cikgu kelas dia. Entah yang mana satu dia tak suka entah, sebab suka marah dia...haha.

Kawan dia yang sebelah tu anak Pak Imam Pakistan kat sini, tu yang pakai songkok pergi sekolah.

Kenapa gambar ni blur gila pon tak pasti (padahal tangan dia yang menggeletar). Well anyway, good luck brother! High school gonna be much more fun! ;)


xoxo

Labels:

7 avengers commented

Monday, 18 July 2011@ 3:55 pm
Sekolah di England untung sebab...


Assalammualaikum & hello,

Tak sangka adik lelaki Ain nak masuk sekolah menengah bulan 9 ni! Dia tak matang langsung! ahaha. No, seriously.

Then again, I guess it's not his fault. Sekolah kat England system dia lain dari Malaysia. Kalau korang lahir sebelum bulan 9, korang lucky sikit la sebab korang akan dapat advance a year. Contohnya, kalau kat malaysia adik lelaki ain sepatutnya baru nak masuk darjah 6 bulan 1 tahun depan tapi instead dia nak masuk form 1 dah. Macam lompat satu tahun la kan.

Kalau lahir selepas bulan 9 (macam Ain), you just stay where you are je. I don't think it's unlucky though.

Anyway, yang betul2 kenapa untungnya sekolah di England...korang tak payah susah2 beli buku text, buku nota, etc. Semua dah disediakan kat sekolah sini! FREE of charge. Korang hanya sediakan alat2 untuk menulis je kot. Kalau budak2 nakal kat sekolah ain dulu lagi best, beg pon tak bawak. Pinjam pen kat sekolah je kau! So yeah, kita kat Malaysia sian tengok budak2 darjah 1 bawak beg macam ada batu kat dalam kan, kat sini budak2 sekolah lenggang kangkung je, bawak lunch box diorang je!

Untuk budak2 sekolah my lil sis lagi best! Sekolah dia baru tukar owner, so baju sekolah diorang semua tukar baru...because of that, diorang dapat diorang punya first uniform sponsored free! As for my lil brother, dia akan pergi sekolah my lil sis bulan 9 ni, so dia pon dapat free. So, hari tu...sekolah diorang ada buat ceremony untuk budak2 darjah 6 yang akan pergi sekolah tu untuk ambik uniform free diorang tu. Kalau tak ambik hari tu jugak, melepas la kot.

Dulu nama sekolah diorang Brownhills Math & Computing College, sekarang The Co-Operative Academy at Brownhills (I think better lagi nama yang dulu?).

Best la tu dapat baju sekolah baru free! Diorang dapat blazer, tie (ada colour rumah masing2 on it), baju t-shirt & sweater untuk P.E .

My sis ada line hijau kat tudung & tie dia sebab dia rumah hijau! My brother pulak dah ditentukan dalam rumah oren! So tie dia ada line oren.

Sekolah diorang ada rumah merah, biru, hijau & oren. My sis kata dia Slytherin (hijau, kononnnnn). Tu nama rumah2 diorang la, Discovery, Endeavour, Inspire & Venture.

So yeah, lucky kan mereka. huhu. At least sekolah diorang ramai Muslim. Ain sorang je Muslim kat sekolah Ain dulu, huhu.


Cheeky monkey cupcake yang comel & sangat sedap (tetibe).


xoxo

Labels: ,

13 avengers commented

Warning : Image heavy in most of my entries.


AIN S.B.
23 | England | Malaysian

A Muslim | A daughter | A sister | A dreamer | A reader | A writer | A photographer | A chocoholic -- so I had to cut down on this one urgh

"I am a dreamer and I will dream until all these visions in my head are fulfilled."
-- A


| Instagram: captaineverland
| Twitter | Keek : ainssb

Shipping service for Malaysian living in England ; Mira D Services


Where I live
My Photography
Talk About Fashion
Ramadhan in England
Hari Raya in England
Wordless Wednesday
Harry Potter's stuff
Jumpa Retis
Snow

The places I've been to:
London
Manchester
Bath
Kent
Lake District

January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 January 2014 March 2014
Thankyou for visiting!
Have a nice day :)

« Older posts