Tuesday, 28 February 2012@ 1:36 am
Bilik Pameran Harry Potter in Harrods!
Assalammualaikum & hello,
Masa hari tu
pergi Harrods, kebetulan time tu diorang ada buat bilik pameran Harry Potter! Kalau sesiapa tatau, Ain & adik beradik...kami memang kipas-susah-mati Harry Potter! ehehe.
Bila staff dia kata bole pakai robe Harry Potter tu, kami pon apa lagi! ^.^
Ain team Gryffindor! :D
Little sis team Ravenclaw but takde robe Ravenclaw, dia rembat robe Gryffindor jugak.
The sorting hat, wands, wizard's hat, the broom, Harry's trolley, tempat duduk director pon ada (bukan yang betul pon...tipu je diorang niii).
Dobby!
Punya muka je...
Ni kalau letak sebelah katil...tak bole tido kot...
xoxo
Labels: London, Other: Boxing Day, Other: Harry Potter
10 avengers commented
Friday, 24 February 2012@ 2:02 am
Makan-makan ; Colourfulnya kek nihh!
Assalammualaikum & hello,
Dua minggu lepas ada makan-makan rumah Aunty Lynn.

Aunty Lynn siap buat kek. Early birthday celebration for Khyra la konon...setahun la katekan ;)

Semua terkejut tengok rupa dalam kek tu camni! Ohhhhh ini la checkered cake!
Lawaaaaa (jakun jap)! haha.

Ai sangat admire Aunty Lynn & orang-orang hebat yang boleh buat kek remeh-temeh ni.
Sebab ai tak serajin mereka. huhuaaa.

Ibu & anak angkat kesayangannya.
Pastu pulak tu, last week cuti sekolah seminggu. Ibu boring sebab tak pergi mana-mana sangat...so, buat la makan-makan lagi sekali...(empat hari selepas makan-makan kat rumah Aunty Lynn...ok la, sempat la perut nak hadam kan)

Menu utama kami:
- Soto (bole dimakan dengan mee atau nasi impit)
- Nasi putih lauk paprik ayam & telur dadar
Kek batik cheese Aunty Lynn pon terbaik. Cheese melebihi had...tu yang best! hehe.
Amin dah dua bulan lebih dah! Mata bulat, pipi dah start tombammm!
Geraammmmm!
P.S Sorry jarang update blog lately...agak busy & kerap pening kepala...aish. But InsyaAllah, Ain akan try update as much as I can!
xoxo
Labels: Occasion: Birthday, Occasion: Makan-Makan, Other: Baby
10 avengers commented
Wednesday, 22 February 2012@ 2:32 pm
Wordless Wednesday #25 ; Setahun!
Assalammualaikum & hello,


xoxo
Labels: Babysitting
7 avengers commented
Saturday, 11 February 2012@ 12:15 pm
Sambut birthday time snow, kena baling dengan...
Assalammualaikum & hello,
Haha sambut birthday time snow, instead of kena serbu dengan tepung & telur, kena baling dengan...SNOWBALL!!! haha.

Ahad lepas hari jadi Kak Nurul. Nasib badan beliau kena baling dengan snowball yang gumuk-gumuk & sujuk-sujuk! Huhu tak dapat bayangkan....brrr naik bulu roma. haha.

Little Akim pon seronok nak kena baling snowball! Comeeeel!

Aunty Lynn, juara pembaling (ehhh, ada ke word 'pembaling')...juara yang dapat baling snowball paling banyak kat Kak Nurul. haha.

ABC satuuuu! Ahh rindu la nak makan ABC...kalau snow turun banyak, kemungkinan kami bole buat ABC kat sini...tapi snow turun ciputciputt je...huhu.

Muka tekun membuat sesuatu niih.

Tadaaaaa. haha takde kerje! Geram tak bole nak buat snowman! Sebenarnya mula-mula Ain dengan Kak Nurul dalam mission nak buat snowman! Dah roll dah snow besar-besar tapi tak larat nak cantumkan badan ngan muka dia (tu la...berlagak nak buat snowman besar gileeee konon haha), then again kiteorang salah ambik snow...pegi roll snow yang atas rumput...tak lawa la jadinya...haish. Last last gave up, tinggal je dua snowball besar gedabak kat situ. huhu.

Kepushhhh!

Jalan macam ni la yang paling tak suka! T___T
Semalam pagi pon keluar keluar rumah, nak terjatuh. Memang takde snow semalam, tapi jalan macam licin semacam. Sampaikan ada orang jalan dekat tengah tengah jalan raya sebab pavement semua licin. Dekat atas jalan raya ok sikit sebab diorang dah tabur garam (garam untuk cairkan snow).
Hari ni tengok cuaca kat luar tu ada matahari...macam panas je, tapi mesti sejukkkk! Kat dalam rumah pon kena pakai glove!
xoxo
Labels: Life: England, Snow
21 avengers commented
Wednesday, 8 February 2012@ 11:08 pm
Wordless Wednesday #24 ; What I told them too sometimes...
Assalammualaikum & hello,
xoxo
Labels: Celeb: Zayn Malik, Wordless Wednesday
9 avengers commented
Monday, 6 February 2012@ 8:02 pm
Snow in February! Finally...
Assalammualaikum & hello,
Entri yang sebelum ni Ain ada mention pasal kemungkinan ada snow kan...
YES! It was indeed snowing last Saturday!

Ni masa selepas sejam dua snow baru turun...tak tebal mana lagi...

Tangan beku! Carik gloves tak jumpa pulak dah!

Kak Nurul bermodelling in snow!
Ehh, nampak Ain macam terlebih minum susu je dalam gambar nih. Aha.

The family.

Chubbybearrrr!

My little sis taknak keluar main snow...so, tak bole nak ada family photo. Aish.

The kids had fun main sledge!

Ni masa malam. Dah macam nasi lemak seringgit dah ni kan. haha.
I personally think that snow ni best masa dia first turun je. But selepas tu, tak best mana sangat dah... Sejuk satu hal, bila dia dah cair...dia bukan cair macam tu je, dia turns icy...like slushy ice. Licinnn and then orang dah pijak pijak, kotor la ice tu. Ain pernah jatuh dulu kat sekolah. Tu sekarang macam phobia sikit sebab sakit ya amat (malu pon ye! huhu)! Kawan Ain semua tak suka snow. Especially time sekolah, sebab budak-budak suka baling snowball. Tengah jalan-jalan, tetiba je ada snowball hinggap di kepala...biul sekejap.
But yes, masa first dulu pegang snow memang eksaiteeed! Selepas beberapa kali jumpa snow, jadi macam adik Ain...nak keluar pon tanak dah time snow...huhu.
xoxo
Labels: Life: England, Snow
14 avengers commented
Thursday, 2 February 2012@ 6:33 pm
Ada hikmahnya disebalik benda yang terjadi tu...
Assalammualaikum & hello,
Beberapa hari yang lepas, ada la benda yang tak best terjadi kat Ain. Hmmm sedih gila ada, bengang pon ada, penat semua la ada...haish. Tapi nak buat camne, dah benda tu nak terjadi, jadi la jugak kan...
When an unexpected error occured...(dah siap luahkan perasaan kat belog omputihku...)Anyway, sekarang ni kat England tengah sejuk gilaaaaaaaaaa! Suhu dah masuk NEGATIVE dah T____T. Bila sekali dah masuk dalam duvet, haa mula la...and then TETIBA pulak rasa nak tekincing! Adddoiiii! Bangun nak sembahyang Subuh pon...air sejuk gila rasa macam nak menangis! huhu.
Orang semua kata nak snow dah...weather forecast pon kata esok nak heavy snow...
kita tunggu dan lihattttt~

Bulan malam semalam.
(30x zoom! Selagi boleeehh)xoxo
Labels: Life: England
6 avengers commented