So, Khyra and her parents datang balik UK on the 30th of November hari tu.
Khyra's reaction masa first time jumpa kiteorang balik after almost 6 months. Kiteorang punya reaction pulak of course la happy gila jumpa si gemben ni lagi! We've been waiting for a while. Seriously, Ain berapa kali mimpi dia. Rindu sangat la kot. huhu. Time ni, dia macam ingat tak ingat la...and then again, she was jet lagged. Tu yang masam je. huhu.
Congratulations again Aunty Su for finishing your study! Aunty Su bila dah balik Malaysia sure busy. Mesti banyak proposal for her to be on certain shows again. So far, I only got to watched Aunty Su on one of the 'Tanyalah Ustazah' episode.
That's my Aunty Su. hehe. (Forever jakun.)
Ain nampak Kak Nurul too amongst one of the audiences. hehe. Lepas rindu sekejap.
Ok, back to Khyra. Ni masa dia tengah nyanyi. Time ni dia dah adapt balik around kiteorang sikit-sikit. Dah boleh dah panggil 'iboh', 'babak', 'Ayin', 'Eeba' & 'babang'. Urgh, so cute!
Time menari pulak. Biase la kalau dah duduk dengan Ain, pasang lagu Kpop la.
Hang Ain, rosak anak ustazah.
Khyra ni suka buat muka - her expressions are always the cutest. That's why she's perfect as my little model (then again, Ain memang suka nak tangkap gambar dia aha. Since she was born lagi kot)
My favourite. She looks older than her age here.
TENGOK NI. EEEE SAPE TAK GERAM.
So yeah, seminggu dia duduk dengan kiteorang tu rasa sekejap sangat tapi nak buat macam mana kan, dia kena balik Malaysia jugak. But InsyaAllah, we'll meet again soon. In a rare case, I'd hope that she'll still remember us in the future. (kena Skype selalu huhu)
Lamanya tak masuk blog...huhuhuaa. To all my lovely readers, I deeply apologize for me being MIA (missing in action). I'll try to be more active as soon as this next few seconds (ceyhh ye ke), InsyaAllah.
Anyway, hari tu kan my little gemben datang England balik because the day of Aunty Su's viva was on the early December. Alhamdulillah, everything was settled. Congratulations Aunty Su! Eh, Ustazah Dr Nik Salida Suhaila :)
Khyra dok England untuk 10 hari je...so, everyday was precious to be honest. But biase la kan, bila time2 yang precious tu la, cepat je masa berlalu. Tup tup dah hari Khyra nak balik Malaysia balik...
Ni bukan lakonan semata-mata depan kamera...bukannn.
Khyra memang takde mood sangat masa mula-mula kiteorang sampai airport tu...
Muka Khyra sampai kesudah masam aje...
Pastu dah lama sikit baru nak main ciluk cak.
Time ni baru dia nak senyum, gelak sikit...sebenarnya masa 10 hari spending time with her, I realized how cheeky she's gotten. Dah pandai nak mengajuk orang cakap, dah pandai menari lagi rancak dari dulu, pandai nyanyi dengan penuh expression semua la. haha. Nanti Ain cerita about 'the return of Khyra after five months' in the next post ok! Tungguuuu~ hehe.
My little brother takde in the picture because kiteorang bertolak dari rumah ke Manchester airport pukul 5.30 pagi...and dia tak bangun. Dah kejut bagai nak rak tak bangun-bangun, last last tinggal la (padahal dia yang nak ikut sangat). haishh.
Famili Ain, Kak Ainur, Abang Pian, Kak Fiza and Abang Hamzah je hantar kat airport.
Goodbye Khyra for now. We shall meet again in the future, InsyaAllah.
This second time farewell wasn't so hard as the first one I figured. But still, sedih jugak...huhu. Khyra's dad texted kiteorang bila diorang dah transit in Dubai and Uncle Najib cakap Khyra asyik panggil eeboh (ibu), Ayin (Ain), babak (bapak), Eeeba (my little sister Iba) and babang/Ayeef. Sian dia... T___T
Dah lama dah nak update pasal ni tapi sebab lupa nama si kecik comel, tak update-update sampai la ni baru nak update! huhu. Sebenarnya, Kak Niza la yang betul-betul dapat ahli keluarga baru (kiteorang tumpang je huhu. Mentang-mentang la Khyra dah takde, terpaksa cari baby baru untuk menumpang kasih...huhu).
03/06/12 kalau tak silap Ain...baby Kak Niza & Abang Isa selamat dilahirkan :)
Everyone, meet Isa Harizs bin Isa Hafizs! He's so tinyyy!
Lagi beberapa hari je Baby Harizs akan jejak kaki (ehh belum bole jalan lagi, camne tu?) kat Malaysia. Baru-baru lahir terus naik kapal terbang dan terus pergi Malaysia! Agak jeles rasanya! huhu.
Time ni before bertolak ke airport. Sedih je semua...
Ain and parents hantar diorang sampai Manchester Airport. So, time ni tak rasa sedih lagi...tapi bila dalam kereta...it just suddenly hits me. Tetiba je nangis.
Khyra taknak senyum pon... I think she could figure it out, even though she was still little.
Bila ibu nak kiss dia, dia pusing kepala dia ke bahu kanan Aunty Su...pastu ibu Ain pon pegi la ikut dia, pastu dia pusing balik kepala dia ke bahu kiri Aunty Su pulak. Berapa kali dia buat camtu...macam dia merajuk...
Sabtu hari tu last day Ain jaga Chubby Chubby/Little Gemben/Khyra. 1 tahun 1 bulan 14 hari. Jumaat ni Chubby Chubby & family dia pulak turn untuk tinggalkan Ain. Tetiba dah terasa sebak. Even sekarang dia dah stop datang rumah Ain pagi-pagi, masa bangun tu still rasa macam dia ada tidur sebelah Ain je. huhu.
1. Selamat pagi! 2. Kekekekeke 3. Eeee, spek ni tak bole nak besar lagi ke? 4. Saya sukewww mandiii!
Lately hari tu, semenjak dia dah reti nak bercakap, bangun bangun je terus berceramah, mulut senget-senget satu, tangan pon nak ikut mulut jugak. Buat lawak la Khyra ni. Pastu bila time mandi, taknak keluar, nak rendam selagi Ain larat bertenggek kat tepi bathtub. Dia suke lalu muka dia bawah shower tu.
Masa dia reti nak sebut nama Ain. haha.
Dia suka lagu Shy Boy & Starlight Moonlight by Secret (K-POP girl group). Start daripada satu hari tu dia taknak pakai pampers, so ain bukak lagu kat phone Ain, tetiba dia joget. Tengah nak pakai pampers, bole pulak goyang bontot. haha.
Ni masa dia tak berapa nak ada mood joget lagi. Kalau time dia ada mood tu, haaa goyong macam tak hingattt! haha. Erm btw, tolong abaikan bilik saya yang bersepah tu...
Bila pasang satu lagu ni (Going Crazy by Song Jieun & Bang Yongguk), time rap tu mulut dia mesti terkumat-kamit...konon dia tengah rap la jugak tu. Khyra, Khyra, hahaha.
Sorry Aunty Su & Uncle Najib, Ain ajar anak Aunty & Uncle bukan-bukan~ T__T
It could be a little bit tiring, but I have always loved taking care of you. Khyra...Kak Ain tatau la bila Kak Ain akan balik Malaysia...but jangan lupa Kak Ain, ok?
Dua minggu lepas ada makan-makan rumah Aunty Lynn.
Aunty Lynn siap buat kek. Early birthday celebration for Khyra la konon...setahun la katekan ;)
Semua terkejut tengok rupa dalam kek tu camni! Ohhhhh ini la checkered cake! Lawaaaaa (jakun jap)! haha.
Ai sangat admire Aunty Lynn & orang-orang hebat yang boleh buat kek remeh-temeh ni. Sebab ai tak serajin mereka. huhuaaa.
Ibu & anak angkat kesayangannya.
Pastu pulak tu, last week cuti sekolah seminggu. Ibu boring sebab tak pergi mana-mana sangat...so, buat la makan-makan lagi sekali...(empat hari selepas makan-makan kat rumah Aunty Lynn...ok la, sempat la perut nak hadam kan)
Menu utama kami: - Soto (bole dimakan dengan mee atau nasi impit) - Nasi putih lauk paprik ayam & telur dadar Kek batik cheese Aunty Lynn pon terbaik. Cheese melebihi had...tu yang best! hehe.
Amin dah dua bulan lebih dah! Mata bulat, pipi dah start tombammm! Geraammmmm!
P.S Sorry jarang update blog lately...agak busy & kerap pening kepala...aish. But InsyaAllah, Ain akan try update as much as I can!
Dah nak masuk 7 bulan dah Si Little Gemben ni! Eh bukan Little Gemben dah nama dia...skang dia ada nama baru...Chubby Chubby! haha. Dia semakin hari semakin besar (especially tang peha & pipi tu, macam nak gigit2 every seconds)!
Masa hari kita start puasa, hari tu la dia start diberi makan! "Yummmmiiiii, shaye bole makan! Kakak Ain tak boleee! (jelin lidah)"
Notty Chubby Chubby ni!
Gaya budak nakal selepas selesai berbuka puasa 8 jam terdahulu sebelum orang lain! Amboi, amboiii! Ce tengok peha dia tu!
Demand! Mandi nak kena pakai shower! Ce tengok senyuman dia tu, nak menawan hati orang latewww! (Dia pantang tengok kamera Ain skang ni...mana taknya, dari lahir sampai la la ni, kamera Ain ni je yang sanggup mengganggu hidup dia. haha)
Chubby Chubby, kalau dah balik Malaysia, jangan lupa Kak Ain yang selalu main dengan awak bila orang lain dah frust dengan kecomelan awak tu & yang tidurkan awak sampai habis spring2 pinggang tercabut ni, kayyy? :P
Hmm setelah dua bulan lebih jaga Si Little Gemben, she's now part of my life. No, I mean like...every weekdays dia datang pagi2, dia tidur dengan Ain, dah tau dah bila time dia bangun, bila time dia minum susu, bila time dia main, bila time dia mandi & bila dia tidur balik. Everything's like...a routine? At first I thought...yeah, jaga baby macam best but I don't know how hard it could be. I mean, how tiring it could be...BUT no, I'm not complaining.
I mean, look at that smile! Nak marah ke, bengang ke, takkan terjadi punya! haha.
Hari tu pergi sekolah adik, semua orang cakap "Aww she's gorgeous!". Semua orang geram (yeah, tell me about it) dengan dia! But yang tak bole bla punya, diorang boleh ingat Little Gemben anak Ain (come on, do I look that old?). LOL ok, can't blame them, I mean...orang kat sini umur 17, 18, dah sorong kereta baby...ada kawan Ain dah ada 2 orang dah pon anak...hmm.
But anyway, lagi berapa bulan je tinggal nak jaga Little Gemben. Lepas tu dia balik Malaysia...tatau bile boleh jumpa lagi. Tup tup, dia dah besar and forgot about me. huhu.
P.S Nak tengok masa Little Gemben baru lahir? Here. Ain yang ambik dia kat hospital, 2 hari selepas tu! Look how big she's grown now! :)
Assalammualaikum & hello, Semenjak Ain jaga baby Khyra ni, baru Ain tau yang baby ni boleh senyum, gelak & even menangis dalam tidur. Ibu & Aunty Lynn kata kalau dia senyum & gelak dalam tidur tu, dia mimpi tengah main dengan 'kawan2' dia (mula2 Ain tak tau apa yang dimaksudkan dengan 'kawan2' tu, rupanya 'kawan2' semasa dia dalam perut ibunya. Ohhh. huhu). Habis tu, macam mana pulak dengan menangis? Dia gadoh dengan 'kawan2' dia? Kebanyakkan site on the internet kata kalau bayi menangis dalam tidur, maknanya dia mimpi benda yang tak bagus. Ada jugak yang cakap bayi tu nampak bende yang dia takut dalam tidurnya (maklumlah, baby kan boleh nampak bende yang kita tak boleh nampak). Hmmm. Terkejut jugak Ain masa Khyra teresak-esak dalam tidur dia...pastu mulut dia macam jebek2, nak menangis. Ain pon rasa kesian.
Assalammualaikum & hello,
Mula2 memang Ain tak tau sapa Hana Tajima tu. Ye la, orang duduk kat ceruk England nih, tu yang ketinggalan zaman pasal update2 kat Malaysia. Jozan tu pon (eh eh, terasa plak orang siku dia pasal jozan!) kebetulan Kak Nurul mmg minat tengok show lawak2, tu yang bole join sekaki.
Macam mana Ain tau Hana Tajima ni ye? Jap nak ingat...oh ye, minggu2 yang lepas, Ain ada stalk blog ni, Blog Kak Fyna. Ain sangat suka tengok Kak Fyna ni, sebab dia cantik & suka tengok cara dia pakai tudung. So, baca2 blog dia and I've found her video tutorial of hana tajima hijab style. I thought cara tu memang menarik! Tapi Ain dok tertanya-tanya apa/sapa Hana Tajima? Ain ingatkan shawl tu nama Hana Tajima! Bila2 Ain google, rupanya there is a beautiful girl goes by that name! (Ohhhh baru ku tau. haha) And wow, it is so amazing on how she's inspired lots of girls di Malaysia sekarang! Tapi dia punya style memang pon cun, Ain suka! Dan rupanya jugak, Hana Tajima tu live in London ye sekarang? Woah, nak jumpa la! (Amboi, kemain nak jumpa! Dulu dok tertanya2 sapa Hana Tajima tu!)
Ain pon try la Hana Tajima hijab style ni, tapi...
Apsal macam tak jadi? (Baby tu sekadar perhiasan, boleh juga menggantikan style tudung yang tak seberapa menjadi tu)
Jawapannya: Sila cuba lain kali!
Takpe2, first try! Practice makes perfect (masalahnya orang lain tak payah practice pon, first try dah jadi)! huhu.
Assalammualaikum & hello, Baru je semalam tengok baby Khyra tapi dah rindu, macam mana ni? huhu. Jaga baby ni sebenarnya tak susah tapi memerlukan masa & perhatian kita yang sepenuhnya kepada si kecik tu. Especially baby bawah 3 bulan macam Khyra,
- Dia hanya tau buang air kecil/besar...kita kena sentiasa check bab tu sebab baby's skin is very delicate. Kalau biarkan najis tu lama, bontot dia akan jadi merah.
- Bila dia menangis, kalau bukan kat pampers, tentu dia lapar. Ataupun dia sakit perut. Aunty Lynn ada beritau, kat tengah2 kepala baby akan berlekuk kalau mereka sakit perut.
- Dan selepas dia menyusu, selalunya dia akan tidur. Bila baby dah tidur, we just have to keep our eyes on them supaya dia tak jaga sebab baby mudah sangat terkejut. Lagi satu, ibu kata baby bawah 4bulan tak pandai tidur nyenyak lagi.
Amboi, semenjak dua menjak nih, semua pasal baby. haha.
Assalammualaikum & hello, Woahh, tuptup dah bulan Mei! Cepatnya masa berlalu! Hari ini hari Isnin kan, dan hari ini juga, bermulalah pekerjaan baruku sebagai babysitter. Satu family excited, sebabnya, baby yang akan dijaga tu sangat cute! hehe. But then again, who can resist a cute baby? NO ONE! Even orang jahat pon, kalau tengok baby, hati diorang akan tergerak walau sedikit pon. Baby is indeed a beautiful creature in earth & buat kita geram!
Tengok ni! Geramkan? huhu. So actually, it's Khyra! Aunty Su's daughter, the one that I've been watching on since she's 2 days old! And now she's 2 months and 12 days old! Excuse me while I repeat this again...cepatnya masa berlalu! huhu.
Apa2 pon, tak sabar nak spend more time with Khyra! :)
Assalammualaikum & hello, Empat hari yang lepas lahirlah seorang baby girl melayu kat Stoke ni. Kami semua sebenarnya dah lama tunggu baby ni keluar daripada perut mummynya and finally, Alhamdullilah dia selamat keluar pada pagi 20 April 2011.
Ini dia! Kecikkan dia? Nama dia Najeeya Khyra, panggil dia Khyra. Masa ni umur dia baru sehari :)
With Kak Nurul & Najeeha (kakak Khyra)! Ceyh, sempat lagi kiteorang bergambar kat dalam hospital. Seronok punya pasal! hehe.