Assalammualaikum & hello,
Time cuti sekolah, mesti la nak jalan2 kan. Dah kebetulan bapak punya kelas di London every Isnin & Selasa, kami pon tumpang la sekaki. But actually, we went London on Tuesday, because Monday bapak takda class (bank holiday). So, masa bapak pergi kelas, Ibu, Ain & adik2 pergi merayau2 kat Central London. Tapi sebenarnya kan, nak jalan kat dalam London ni, kena prepare our body and mind betul2 kalau tak memang penat gila la. Tapi dah prepare pon, penat jugak...camne tu?
Anyway, pergi Oxford Street, bawak ibu masuk Selfridges jap. Ibu tak pernah tau macam mana glamournya dalam Selfridges ni.
Ni dia dalam Selfridges yang barang2 nya mahal gila menonggeng! Macam2 brand ada! Cakap je! Yang power rangersnya, dalam ni semua ORI wohh! Jangan main2!
Sempat snap satu shop kat section women's clothes. Bukan Gucci, ni 'Pucci'. Emilio Pucci, an Italian designer punya brand. Tak berani nak masuk, tengok dari jauh je berani.
Make-up & perfumes floor!
Adik nak masuk dalam kedai chocolate/sweets. Gila heavens la kedai ni kalau duit penuh dalam pocket!
Tak dapat beli, dapat bergambar pon jadi la! Ain pernah rasa Godiva punya chocolates ni, sedap jugak, tak manis sangat.
Singgah kedai sports, tengok tu, dah siap ada mannequin pakai baju untuk Olympics dah! Semangat!
Pastu lil sis nak pergi Buckingham Palace la plak. Kaki dah sakit dah ni (takde sapa suruh pakai heels, haa ambik kau!), tapi sian la plak kan. Pergi la Buckingham Palace.
Kat dinding dalam 'Hyde Park Corner' Underground tu ada lukisan lawa2! Tentang 'Waterloo Battlefield'. Memang meanrik la lukisan2 dia.
Muka masing2 kepenatan.
Polis2 London bersama kuda2 mereka! Nak tumpang boleh?
Buckingham Palace from the side, tersergam indah.
Oh, hi there guard rambut tinggi! ;)
Tak sangka hari tu ramai gila orang! Cuaca plak panas!
Januari hari tu datang dengan Cik Joyah tak ramai pon orang, pastu takde plak nampak polis2 dalam Buckingham Palace ni. Semenjak Prince William kahwin la ni kot. Oh tak pun semenjak Obama datang visit hari tu! Aish, macam2.
Teringin nak pergi Princess Diana punya memorial lake again (lawa tempat dia) tapi mengenangkan kaki yang dah sakit tu, terpaksa la tangguh hari lain plak.
Masa ni pukul 5.30 ptg, orang balik kerja semua dah turun, tu yang reda sikit dalam tube ni. And oh, newspaper kat London ni ada je yang free. Kandungan dalamnya pon not bad at all! :)
Alhamdullilah sampai dah kat destinasi balik (rumah makcik yang kami visit).
Malam tu, on the way balik Stoke, tido je dalam kereta...penat gila! huhu.
xoxo
Post a Comment