Wednesday, 7 December 2011@ 2:47 am
Wordless Wednesday #19 ; Musim Sejuuuuuukkk
Assalammualaikum & hello,

Bibir kering. Vaseline perlu.
Dalam rumah pakai tebal-tebal.
Cuddling.
5pm dah gelap gelemat (gambar tak edit).
xoxo
Labels: Life: England, Wordless Wednesday
13 avengers commented
Monday, 5 December 2011@ 1:12 pm
Selamat hari lahir & manyambut kedatangan...
Assalammualaikum & hello,
Hari Sabtu lepas ada makan-makan rumah Aunty Su! Sempena...sempena menyambut hari lahir Naquib (hari ni actually but sambut awal) & juga menyambut kedatangan orang Melayu baru di Stoke! :)

Ain datang lambat la...mandi, sembahyang, siap-siap semua...tengok-tengok ibu dah pegi dulu. Sampai-sampai, kek dah kena potong...huhu. Ada siapa-siapa disini peminat MU? ;)

Makanan yang terhidang. Menu utama, mee kariiiiii! :)

Cupcakes tu Ain buatttt (icing dia je. haha)! Cheesetart Aunty Lynn yang yummy...more than 5 ketul kot Ain pelahapkan! hehe. Caramel flapjack & blueberry muffin :)

Aunty Su's red velvet cake! (Ain tak rasa pon sebab perut dah penuh. huhu.)
Orang diet punya pasta & Aunty Su's specialty...hotdog with loads of veggies!

Kami, kaum wanita.
Yang pakai glasses tudung kelabu/biru tu Kak Siti baru datang sini from Malaysia.
Welcome to Stoke, Kak Siti & family :)

Kaum lelaki & budak-budak di ruang tamu. Birthday boy yang pakai vest hitam tu! :)

Budak-budak aktif 24/7.

Sesi bergambar dengan chubby-chubby! :)
Susah sangat nak bergambar dengan birthday boy, ngan adik dia pon jadik la.
xoxo
Labels: Occasion: Birthday, Occasion: Makan-Makan, Other: Arrival
5 avengers commented
Thursday, 1 December 2011@ 12:05 am
Christmas light switch-on.
Assalammualaikum & hello,
Hari tu (25th Nov), kat town ada event countdown pasang lampu pokok Krismas (mentang-mentang la lagi sebulan nak Krismas kan). Tak sangka jugak ramai gila yang pergi tengok (first time selama duk sini pergi tengok event ni)! Dah macam celebriti buat mini konsert!


Sori gambar blur because it was so cold, tangan getaqqq!
Tapi memang ada pon artis jemputan yang datang. Dapat tengok kat skrin besar tu je.
Tetiba town ni meriah time malam. Kalau tak sunyi je kot, sebab ye la...kedai sini tutup pukul 6-8pm. Lepas pukul 8 je tak ramai dah orang kecuali Jumaat malam Sabtu sebab orang pergi club pastu balik mabuk, so bising sikit la town ni kot. During night weekdays, it's absolutely quiet.
Antara orang femes jemputan, Stoke City's footballers.
Nak tangkap gamba ngan salah sorang, tapi segannnnnn. haha.
Tetiba ada maskot comel! Maskot untuk charity :)
Tangkap gambar dengan maskot ni pon jadik la! :P
Motif gambar ni sebenarnya...budak laki tu...cute.
OK, bye.
xoxo
Labels: Life: England
16 avengers commented
Monday, 28 November 2011@ 6:05 pm
Birthday-Day Out!
Assalammualaikum & hello,
Semalam hari jadi my little sis,
Iba. Dah planned dah nak bawak dia pergi jalan town. So, we went out to town along with Kak Nurul.

Mula-mula masuk mall but then Iba lapar, so we headed out to Caffe Nero dulu. Nak pergi Costa ramai orang & tempat dia tak peaceful as Caffe Nero (that's why it's my favourite cafe despite that the drinks aren't really good as Costa's).
But tau tak, masa Ain bukak kamera Ain, nak tangkap gambar la nih...and then it says..."NO MEMORY CARD". Sedih betul. But sebaik Kak Nurul punya handphone ada camera power! Pinjam sat la handphone Kak Nurul buat sementara waktu tu. huhu.

It's their first time in Caffe Nero :)

I think my favourite hot beverage for Caffe Nero is probably their cappucino.
Birthday girl. 16 tahun dah dia ni rupanya.
Ain muda lagi. Baru 12 tahun ;)
Kebetulan ada orang jual shawl kat atas mall tu! Lawa jugak! :) And because Kak Nurul love me so much, when she bought something for Iba, she bought one for me aswell! hehe. Thankyou Kak Nurul! You are the bebeh! :D
Iba dapat JLS punya birthday card from Kak Nurul!! JELES la jugak...
Ok, jeles gilaaa!
Macam mana tak jeles? Ain suka JLS more than Iba suka kot! Plus, I'm sure Iba is more into One Direction :P
But ibu kata, nanti ibu belikan kad JLS kat Ain! :D teehee.
Kami the ohsemm :)
Last but not least, to
Iba:
"
I know it's very hard for you right now, with everything's going on at school but I hope you won't give up. Just so you know, I'll support you with whatever you're gonna do in the future and I'll be there whenever you needs me. Maybe most of the times I hate you, but in the mean time, I've always love you."
-- the nicest sister you'd ever have, Ain Syatirah SB.
xoxo
Labels: Family: Sister, Life: England, Occasion: Birthday, Other: Friends
15 avengers commented
Sunday, 27 November 2011@ 11:54 pm
Rumah ada tetamu sebab tengah sale pinggan mangkuk Portmeirion!
Assalammualaikum & hello,
Title tu sebenarnya tatau nak letak apa. huhu. Camni ceritanya, from Sabtu lepas until Ahad (hari ini) ada sale kat kedai pinggan mangkuk
PORTMEIRION . Tatau la kalau you guys yang baca blog Ain tau pasal Portmeirion punya pinggan mangkuk ni, but from what I've heard...it's very expensive in Malaysia. So, memang ada ramai je Malaysian yang actually datang
semata-mata nak beli pinggan mangkuk Portmeirion ni je.
Disebabkan rumah Ain agak dekat dengan kedai Portmeirion ni, so...memang kami selalu terima kunjungan dari tetamu-tetamu Malaysian kat rumah kami. Ibu Ain pulak, kadang-kadang dia jumpa orang Malaysia kat kedai tu (walaupon tak pernah tengok muka diorang pon sebelum ni) dia pon "
...meh la, singgah rumah kami." Bahaya I know, but well, that's just my mum. haha.
But cerita pasal minggu yang tengah sale ni...tetamu kami agak ramai la dalam masa seminggu ni. Hari Jumaat lepas, kawan bapak datang dari Malaysia (beliau ada kerja kat sini but sambil tu membeli belah pinggan mangkuk la), pastu ada satu family from London datang the next day BECAUSE of the sale. Jumaat hari tu
Cik Diana (ingat tak masa Ain jumpa Johan Raja Lawak hari tu :P) from London datang sebab sale ni jugak, kalau tak hampeh tak turun rumah kami! And tetamu yang baru sekali, semalam (Sabtu) ada kawan Kak Nurul...4 kakak-kakak yang comel datang rumah kami!


Diorang semua students baru habis buat degree!
(ehh, jangan tertipu dengan tudung hijau hujung nun disana, tu ibu saya la)

Kak Ain. She's absolutely ohsemm sebab nama sama :)

Kak Mai. She's incredibly ohsemm sebab suka photography like me :)

Kak Eter. She's seriously ohsemm sebab suka KPOP & so funny like me ;P
(tengok senyuman-mata-kecik & 'peace' tu pon dah tau kot Korean fanatik! heheee)
Alis. She's amazingly ohsemm sebab sama umur (tapi dah habis degree! lebih ohsem kot. hehe).
*reason semua tak bole pakai but diorang semua so lovely :)
And there's Kak Nurul who's always ohsemm!

Ni makanan yang dihidang 'AFTER'. Terlupa nak ambik yang 'BEFORE'. huhu.
Lauk: Kari ayam, ulam & sambal belacan.
Desserts: Kuih lopes &
custard brioche.
Gambar ni curi dari Kak Mai punya facebook. Sori Kak Mai, Ain curik gambar ni. huhu.Tu diaa, tengok tu pinggan mangkuk yang diorang borong!
Ehh jap, I think ada lagi 2 trolli kot... :P
Ain tak pernah mention lagi nih, but bapak Ain ada business shipping from England to Malaysia...so, diorang terus tinggal pinggan mangkuk diorang yang telah diborong & mengkayakan (amboi perkataan dari ceruk mana la datang ni) Portmeirion tu semua kat rumah kami, nanti kami pack dan ship to Malaysiaaa! :)
"Tetamu itu membawa rezeki."
xoxo
Labels: Life: England
17 avengers commented
Friday, 25 November 2011@ 1:40 am
Photography #3 ; Bunga Api
Assalammualaikum & hello,
Hari tu ada homework kena tangkap gambar fireworks since it was 'Bonfire Night' on the 5th hari tu. Jangan ask 'Bonfire Night' tu sempena apa, because Ain pon tatau. huhu.But it's kinda like firework festival. Yang Ain tau, bila 'Bonfire Night', bising bunyi mercun la kat merata tempat & memang British celebrates it every year.
But since the 5th tu malam Raya Aidiladha kan, so...tak sesuai sangat la nak keluar tengok festival 'Bonfire Night' ni but sempat la keluar dengan bapak Ain lepas dia habis takbir dengan warga lelaki Melayu Stoke. But at the end, tak dapat gambar fireworks yang lawa pon :(
So instead, Ain suruh adik lelaki main bunga api (sini maliii punya).


Yang dua bawah skali ni Ain buat (timer). hehe.Buat je la apa yang boleh pon. Janji ada. Fireworks theme la jugak ni, kan? :P

Ni la cikgu photography Ain, Tony. Well, half of him. Masa ni tengah learned on the 'white balance' subject. Beliau banyak kerja dengan band rock kapak...he's in charge on their photoshooting. Beliau jugak sometimes work with models & footballers like Steven Gerrard, Ryan Giggs & banyak lagi la yang Ain tak ingat nama. huhu.
xoxo
Labels: Other: Photography
15 avengers commented
Monday, 21 November 2011@ 1:46 am
HARI RAYA AIDILADHA ; Part 3
Assalammualaikum & hello,
Hmm kat Malaysia tengah demam bola ye? Tengok kat twitter, orang Malaysia semua dok heboh pasal Malaysia vs Indonesia...semalam? And Malaysia menang, if I'm not wrong? CONGRATULATIONSSS! Walaupon tak tengok, but saya pon orang Malaysia, so opkos la happy sekaki! hehe.
Anyway, ni entry patutnya post hari tu but lupa... Hari Raya Aidiladha part 3.

Nampak extra chubby la pulak pakai shawl satin ni. huhu. Shawl satin
hadiah dari Engku Sofea hari tu! :) Tak reti la nak meng-style-kan shawl satin ni, so lilit cam biasa je la :P
And then, malam tu pergi visit tuan rumah Kak Nurul. Diorang Bengali...so, masakan Auntie tu memang kaukau la! :)
Diapit oleh the glittery princesses :)
Uncle and the boys.
xoxo
Labels: Hari Raya
6 avengers commented