Tuesday, 7 May 2013@ 7:08 pm
Wordless Wednesday #31 ; Doughnuts, anyone?
Assalammualaikum & hello,
(Yang paling best tentang Krispy Kreme ni, dia halal approved by HFA :))
xoxo
Labels: Foods, Manchester, Wordless Wednesday
3 avengers commented
Saturday, 11 August 2012@ 1:22 am
Juadah berbuka puasa untuk minggu pertama & kedua
Assalammualaikum & hello,
Cepatnya masa berlalu...tup tup, dah tinggal lebih sikit dari seminggu je untuk kita berpuasa, lepas tu rayaaa~ hehe.

Apam eno. Ibu dapat resipi dari kawan dia. Dia guna tapai, Ain tak pernah pulak dengar buat apam yang guna tapai. Now I know. haha. Aii memang suka apam :)

Ada sehari tu tak sempat nak masak sebab ada kerja kat Manchester. Sebaik kat Manchester memang banyak restoran halal dan ada satu kedai ni namanya 'Al-Jazeera', nasi Arab dia memang sedap situ!

Roti jala kami comot sikit. huhu.

My favourite drink! Soya cincauuuu! :D

Apam eno sama macam yang atas tapi letak chocolate sprinkle. LAGI SEDAP LA! :D

Murtabak! Untuk kulit dia kami pakai kulit yang untuk buat popia tu je...crunchy sikit dan senang.

Tepung pelita! Tak nampak sangat bahagian hijaunya sebab ambik gambar teknik salah...well, masa tu nak berbuka dah (ceyh alasan!)... Kat sini takde sengkuang, so kiteorang pakai water chestnut yang dalam tin and we cut it into small pieces :)

Pulut + mangga (lagi manis lagi sedap) + a little bit of santan/single cream. Anyone familiar with this dessert? I think ni makanan orang Thai but ibu kata orang Kedah pon suka makan ni. Ain la yang beritau family Ain pasal dessert ni sebab Ain pon mula2 cuba ni kat one of halal Thai restaurant kat Trafford Centre, Aunty Nadia bawak makan kat situ. Sedap jugak masa first try tu but ibu kata dia lagi suka pulut + durian. Well, masing-masing ada taste masing-masing kan.

Last but not least, IKAN MASIN!!!
xoxo
Labels: Foods, Ramadhan
10 avengers commented
Monday, 14 November 2011@ 12:50 am
FOODS ; Jacket Potato!
Assalammualaikum & hello,


Kentang pakai jacket? haha ok, nak buat lawak tak reti. Anyway, jacket potato ni memang antara makanan kegemaran Ain! Berkhasiat pon berkhasiat, mungkin part cheese tu tak berapa nak diet sangat la untuk sesiapa yang tengah diet. huhu. But sape yang minat kentang memang kena makan ni! Sedappppppp.
Nak buat dia pon senang sangat. Bahan yang diperlukan:
-
Kentang gedabak (lagi besar lagi best)
-
Grated Cheese (antara peranan utama bagi Ain)
And untuk filling/topping dia...apa-apa je boleh actually,
coleslaw, prawn & mushroom, chicken & sweetcorn, anything...up to your creativity! ;)
But yang dalam gambar diatas, Ain letak:
-
Baked beans (kat Malaysia panggil apa ye, Ain tak sure...)
-
Tuna & sweetcorns
Cara-caranya:
1) Basuh kentang bersih-bersih. Tak payah buang kulit dia.
2) Lumur dengan garam & olive oil (optional).
3) Boleh rebus kalau sapa nak rebus but Ain masuk dalam microwave je. hehe.
For 10 minutes and then check every now and then, sampai kentang tu lembut la.
4) Bila kentang dah lembut, belah kentang (belah 4 ke 6 ke) tapi jangan
sampai kulit dia tercabut (hmm macam mana nak explain ye? huhu)...
5) Letak filling yang korang nak tu dalam tengah2 kawasan yang telah dibelah.
(kalau ada filling yang kena masak dulu, masak la. Kalau letak raw,
kang kentang & cheese dan hitam, pastu ayam baru nak masak. huhu)
6) And then tabur cheese banyak-banyak (yummmeehh!) atas kentang.
7) Bakar dalam oven or atas grill sampai cheese nampak golden-ish.
Probably about 10-15 mins.
SIAP! :D
Entri-entri 'Bab Makan'
xoxo
Latest entry on SOTC :
Don't judge when you don't even know them
Labels: Foods
11 avengers commented
Wednesday, 21 September 2011@ 2:04 am
Wordless Wednesday #12 ; Outcome semasa bulan Ramadhan
Assalammualaikum & hello,


Blueberry Cheesetart, resepi yang diberi oleh Cik Puti! Sedap! :)
xoxo
Labels: Foods, Other: Photography, Wordless Wednesday
18 avengers commented
Tuesday, 20 September 2011@ 4:53 am
Woohoo! Dapat jajan dari Malaysia!
Assalammualaikum & hello,

HOW I MISSED SEMUA NI!!!
Milo, my favourite drink of ALL TIME! Kat sini ada jugak milo but rasa dia tak selemak berkrim seperti Milo!
Mamee & Twisties! YUMMYY! Sini punya crisps semua kentang berperisa je...dah muak (ceyh, berlagak!).
Chipsmore! Cookies kat sini ada yang sedap, can't deny it...but me &
my lil sis still suka Chipsmore better! ;D
Julie's peanut butter! TOTALLY DEFINITELY LOVE THIS! Kat sini takde biskut inti preanut butter...kebanyakkan diorang kat sini ada allergic to nuts...entah la. I can eat this whenever! :D And
Biskut Hupseng! Satu family Ain suka biskut HupSeng cicah air kopi, milo, teh, teh susu, etc! :D
Last week la...makcik ibu punya adik ipar datang sini! Bawak la benda2 ni kat kiteorang serba sikit! Dapat la lepas kerinduan! hehe.

Actually, Cik Joyah (in the middle) dah tiga kali dah datang England! First time dulu dengan makcik ibu. Second time dengan anak bongsunya. Ain jadi
tour guide diorang kat London masa tu! :)
Beliau ada jugak bawakkan kuih2 raya kiriman dari orang2 tersayang kat sana untuk kami di sini! :D Tapi setiap kali beliau & family beliau datang je, memang best la kiteorang! hehe.
Terima kasih Cik Joyah!! :D
xoxo
Labels: Foods, Other: Arrival
13 avengers commented
Friday, 26 August 2011@ 2:35 am
Foods ; Antara Juadah Berbuka Puasa (3)
Assalammualaikum & hello,
Dua juadah di bawah ni adalah makanan favourite Ain ALL THE TIME! :D
Yong Tau Fu


Ingat lagi dulu kala pergi pasar malam, mesti WAJIB beli yong tau fu! Kangkung & bende yang panjang2 putih tu (lupa la, eh, actually tatau pon namanye huhu) mesti nak kena ada! Kat sini takde kangkung, kami ganti dengan spinach (pastu makan jadi kuat mcm popeye! Ye la tuu, berangan lebih je ni!). Banyak jugak bende yang takde, so kami ganti je la dengan apa2 yang kami suka! :)
Kuah dia ibu ambik dari
resepi ni! Terbaikkk! :)
Popia Basah

Siapa suka popia basah? Angkat tangan, kita boleh jadi geng kamcing! :D
Kulit dia Ain ambik dari
resepi ni. Inti & sos dia ibu ambik dari
resepi ni! Sedapp ;)
Alaa korang mesti beli je kan kat Bazaar Ramadhan? Huh tak jeles pon (muka tipu agak terserlah)!
xoxo
Labels: Foods, Ramadhan
16 avengers commented
Tuesday, 23 August 2011@ 5:20 pm
Bab Makan ; Dah start buat kuih raya!
Assalammualaikum & hello,
Dua hari yang lepas, bangun2 tengah hari (ye tengah hari ye tuan2 & puan2) ada bau sedap menusuk lubang idung! Rupanya ibu tengah dok bakar kuih raya dah!

Biskut dalam balang panjang tu ibu buat (Ain helped half way, lepas bangun tido tu. Jangan risau, dah gosok gigi dah), tu
Biskut Badam! Biskut yang atas sekali (dalam cereal storer) tu pon ibu buat (Ibu Ain time semangat, phuhhh!). Yang tu
Biskut Makmur! Dan yang dalam balang kecik tu Ain & ibu buat,
Biskut Samperit (tapi macam tak gebu sangat kot...).

Ni
Biskut Samperit Pandan, the latest one kami buat. Rasa lagi sedap dari samperit yang atas tu, gebu sikit!
Lepas ni InsyaAllah nak buat biskut Cornflake Madu (setiap tahun mesti ada), Almond London, Mamariah Carrie &
Blueberry Cheesetart (Cik Puti siap buat special post untuk Ain! Thankyouu! Favourite ni tapi tak pernah try buat lagi!).
Essaitedddddddddddd, tak sangat.
Sebab...kalau Malaysia lagi bestttttt. Huhuhawwww.
xoxo
Labels: Foods, Ramadhan
13 avengers commented
Saturday, 20 August 2011@ 2:25 am
Foods ; Antara Juadah Berbuka Puasa (2)
Assalammualaikum & hello,
Tup tup, dah nak habis minggu yang ketiga dah kita berpuasa! Cepatnya masa berlalu kan~? Semenjak yang
hari pertama puasa tu, sampai la la ni Ain tak tido malam sampai pukul 4.00pg! Taknak terlepas sahur punya pasal! huhu.
Anyway, nak show off sikit dessert untuk berbuka puasa Ain & sekeluarga pada hari yang lepas2...hehe.
Onde-onde keledek


Truth to be told, Ain ni bukanlah penggemar keledek sangat, tapi onde2 ni boleh tahan sedap la! Dalam dia ada inti kelapa+gula merah+daun pandan!
Agar-agar buih tembikai


Ingat lagi the last bulan puasa Ain kat Malaysia...setiap kali pergi bazaar Ramadhan je, mesti beli agar2 buih ni! Tatau kenape Ain suka sangat agar-agar buih ni walaupon rasa dia...takde la sodap mane~! Yang ni ibu buat, nak suprise Ain la konon...hehe, but terlembik sikit ibu kata!
Fruit & Custard Triffle
Resepi untuk dessert2 ni semua ibu salin dari internet. Tapi bila ask balik "ibu ambik kat site mana ni?", memang ibu akan cakap tak ingat la. Tu yang tak boleh nak letak resepi kat sini sebab tatau nak letak kredit kat sapa...kang nnt tuan punya resepi cakap curik resepi mereka pulak...huhu.
Tapi kebanyakkan kami selalu suka ambik resepi dari
MyResepi! Dah duduk kat perantauan ni takde bazaar Ramadhan kan... so, bila rasa nak makan tu, terpaksa la carik resipi kat internet, kena buat sendiri...huhu.
xoxo
Labels: Foods, Ramadhan
8 avengers commented
Thursday, 11 August 2011@ 3:23 am
Foods ; Antara juadah berbuka puasa (1)
Assalammualaikum & hello,
Kuih serabai Sungai Batu, kata ibu. Ibu kata kuih ni salah satu feberet kuih dia & tetibe jadi kuih feberet kami satu keluarga! Sebelum ni Ain tatau apa kuih serabai ni (dok ingat kuih yang lain), bapak pon tak familiar sangat dengan kuih ni (mungkin belah utagha je yang femes kuih ni?), adik-adikku tak payah cakap la, diorang tau makan & komplain je. Tapi kuih ni sangat sedap! Buat daripada tepung beras. Santan & gula merah untuk kuahnya. Sapa pernah makan kuah, eh kuah pulak, kuih serabai ni? Sila angkat tangan! :D
Boleh ke my lil sis cakap macam ni...
Adik: Mana kuih serabai tu?
Ibu: Tu haa (tunjuk kat sepinggan kuih serabai atas meja)...
Adik: Ehh ok je kuih ni...tak serabai pon *muka tak bersalah*
-.-
DORAYAKI
Adik lelaki: Buatkan doyarayaki tu, boleh?
Ain: Ape dia tu?
Adik lelaki: Alaa...kuih yang Doraemon suke tu!
Haha...dah tau dah dia nak suruh buat kuih dorayaki tu. But Ain malas, sebab pernah buat dalam masa bulan puasa ni jugak, tapi tak jadi sebab hitam sangat tak lawa (sebenarnye hangus tapi taknak ngaku). Tapi kali ni try buat ikut resepi lain. Ain ikut
resepi ni (minus 'mirin' la). Jadi ok, lembut! Tapi satu adunan tu hanya boleh buat 6-7 ketul je.

Inti kacang merah. Walaupon hodoh, tapi rasa not bad, ok! haha. Adik lelaki mula2 tak puas hati sebab Ain tak buat BULAT macam original kuih Doraemon (sebab senang lagi buat dalam toaster kepit tu...ye, Ain buat dalam toaster kepit, tu yang rupa dia camtu ehee). But then dia makan jugak! :P Ain rasa sebelum ni Ain letak terlebih honey, tu yang telebih hitam tu...oops! huhu.
xoxo
Labels: Foods, Ramadhan
6 avengers commented
Saturday, 23 July 2011@ 5:43 pm
FOODS ; Lamenye tak makan laksa!
Assalammualaikum & hello,

Lamenye tak makan laksa, semalam tercapai hajat! Ibu buat laksa! YAY YAY! Entah la kenapa dah lama ibu tak buat laksa. Ohh, sebab asyik terlupa nak beli laksa punya mee tu kot!
Kebetulan bapak dah ada kat Birmingham, ibu suruh dia singgah kedai cina tu beli mee laksa. Balik2 bapak bawak yang salah daaa! haha.

Ni haa! Macam kuey teow kecik pon ada.
Tapi kami hentam je, janji boleh masuk! :D
Kebetulan jugak hari Jumaat, ibu sedekah sikit dekat warga2 melayu Stoke! :)
Bestnya kalau kat Malaysia, merata-rata boleh dapat laksa! huhu.
xoxo
Labels: Foods
10 avengers commented
Friday, 22 July 2011@ 3:10 am
FOODS ; Telur Bungkus!
Assalammualaikum & hello,
Hmm nampak sedap tak telur bungkus aii?
(hwahwa puji diri sendiri macam nak kena tendang duapuluhlapanribu batu)
Ain memang suka makan telur bungkus. Daripada masa kat Malaysia lagi, memang favourite yo! Selalu makan dengan nasi putih je without lauk2 lain. Just nasi putih PANAS dengan telur bungkus! Uish, orang campak bomb pon kompom
Bruno Mars tolong tangkapkan den buat dek je! :)
So, masa bila ye start belaja buat telur bungkus? Tak ingat la, tapi bertahun-tahun yang dulu la (amboii, bertahun-tahun macam dah lama la sangat!). Ini resipinya:
Bahan tumis (cincang halus):
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
Sos (gaulkan semua dalam mangkuk):
- 3 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos tomato
-1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap manis
- Daging cincang (lebih kurang 2 genggam)
- Mix veggie (ikut suka nak banyak mana)
- Garam & gula secukup rasa
1) Ok, so tumis bawang2 sampai kuning.
2) Lepas tu masukkan daging cincang (make sure bila basuh tu, tapis air dia betul2 so dia tak berair bila goreng).
3) Bila daging tu dah nampak brown-ish, dah masak, tuang semua sos2. Gaulkan sebati dengan daging.
4) Lepas dah gaul sebati, masukkan mix veggie. Gaul lagi. Masuk garam & gula secukup rasa. Agak2 rasa mix veggie tu dah lembut2 sikit, tutup api. Dah siap bahagian daging.
Ok, here comes the tricky part. Nak bentukkan telur tu. Panaskan another kuali, letak minyak two drops je. Pusingkan kuali tu, bagi minyak tu goes all the way round (so, telur tak melekat kat kuali).
Pecahkan dua biji telur dalam mangkuk, kacau sikit. Jangan kacau macam nak buat telur dadar, kacau agak 3 kali pusingan cukup la. If you kacau macam telur dadar, it will goes all bubbly, tak lawa dah nak dibentukkan.
And then, bila kuali dah panas, tuang telur yang dah kacau dalam kuali & pusingkan kuali tu (macam pusing minyak) so telur tu goes all the way round, agak2 bagi telur tu nipis je. Yang lebihan telur kat tengah tu, tuang balik dalam mangkuk (kalau biarkan dia kat tengah tu nanti dia jadi tebal tak best). And then, ambik 3-4 sudu daging yang dah masak tadi letak kat tengah2 (fill it like in square).
Lepas tu, carefully lipat telur tu macam mana korang placed daging tu...(alamak, tak reti nak explain la...korang get it tak? huhu) Asalkan bila dah lipat tu, nampak ada rupa segi empat, ok ar tu! Bila dah nampak segi empat tu, tekan2 sikit bagi dia kemas. Selepas 2 minit camtu, korang carefully terbalikkan telur tu. Carefully tau, takut terburai balik daging2 tu. huhu.
And then voila! Siap, untuk dimakan! :D
Yang telur lebih tadi, korang pecahkan lagi satu telur (tambah la kan) and then repeat the same step from kacau telur :)
P.S Sorry Ain explain terabur2. Bab2 explain ni, memang susah sikit! huhu.
xoxo
Labels: Foods
8 avengers commented
Tuesday, 21 June 2011@ 11:35 pm
FOODS ; Oh, Tomyammm!
Assalammualaikum & hello,

Kebanyakkan orang selalu makan nasi dalam pinggan dan tomyamnya dalam mangkuk on the side kan? As for me, Ain makan tomyam sekali dengan nasi dalam mangkuk! Yummyyyy macam ni! :)
Tomyam ni Ibu buat. Simple je, ada ayam, mussel, kobis & carrot. Kiteorang selalu pakai Thailand tomyum paste yang boleh didapati kat kedai cina kat sini. Tapi bile rasa kurang, tambah kiub adabi tomyam tu. And oh, mesti semua orang agree yang masakan tomyam ni kalau lagi pedas lagi sedap! :D
xoxo
Labels: Foods
2 avengers commented
Monday, 13 June 2011@ 9:50 pm
FOODS ; Milo + Coffee, pernah cuba?
Assalamualaikum & hello,
Milo + coffee? Sedap ke? (Kalau tak letak susu cap junjung, tak sedap la kot!) Well, yang pasti it's my favourite! Pagi, petang, siang, malam, bila2 masa je boleh diminum! :)
P.S Bab makan ke ni? Haha belasah la!
xoxo
Labels: Foods
2 avengers commented
Sunday, 12 June 2011@ 11:36 pm
FOODS ; Macaroni & Tuna
Assalammualaikum & hello,

Dulu masa kat high school, ada sorang kawan ni suka makan macaroni & tuna ni masa lunch time. Katanya ni makanan orang diet (well, healthy food). Ain pon teringin juga nak makan macam tu, so hari tu jugak, balik je rumah terus cari bahan2. huhu. Ain ni memang penggemar makanan Italy. Macaroni, spaghetti, pizza, semua la!
Senang je nak buat macaroni & tuna ni.
- Macaroni
- Tuna flakes (1 tin)
- Mayonnaise (secukup rasa)
- Garam & gula
- Salad (ikut suka)
- Sweetcorn
Tuna & mayonnaise, gaulkan. Letak garam & gula ikut suka rasa. Yang dalam gambar ni takde sweetcorn, selalu memang masuk sweetcorn, baru sedap. And last skali hidang dengan salad (Ain suka salad, so lagi banyak salad, lagi sedap la).
And bila nak makan, gaul semua! Baru best! (gambar tu hiasan semata-mata je, huhu)
Makanan ni tak ramai pon yang suka, tapi kalau nak makan makanan berkhasiat, bolehlah cuba ni!
xoxo
Labels: Foods
3 avengers commented
Wednesday, 8 June 2011@ 10:26 pm
FOODS ; Kek Coklat 3 Minit
Assalammualaikum & hello,

Macam mana nak buat kek coklat using hazelnut spread dalam masa 3 minit je?
Ingredients (Untuk satu mangkuk yang tak kecik dan tak besar)
- 3 sudu makan butter (cairkan terdahulu)
- 1 biji telur
- 4 sudu makan tepung gandum
- 2 1/2 sudu makan gula
- 3 sudu makan cocoa powder
- 3 sudu makan Nutella or any other hazelnut spread
- 3 sudu makan susu segar
- sedikit soda bicarbonat
Masukkan semua bahan dalam mangkuk & whisk it away (kacau betul2 sampai tak nampak ketulan2 tepung or cocoa powder je)! Pastu cover mangkuk tu dengan cling film (taknak pon takpe) and then masuk dalam microwave for about 2 1/2 - 3 minit (depends on the power of the microwave, ain punya microwave 850w). Agak2 kek tu nampai naik & nampak basah2 camtu, ok la tu :)
Tunggu 5 minit (atau kalau suka makan panas2 pon ikut lah), pastu dah siap untuk dimakan! Boleh makan dalam mangkuk camtu je or terlangkupkan kat atas pinggan macam Ain buat dalam gambar!
Oh and boleh serve dengan whipped cream or kalau adik2 Ain, diorang suka makan kek coklat dengan custard :)
xoxo
Labels: Foods, Other: Resipi
2 avengers commented
Sunday, 29 May 2011@ 10:00 pm
FOODS ; Onion Bagels + Mozarella Cheeseee
Assalammualaikum & hello,
Hari tu pergi Tesco dengan ibu & Kak Nurul. Pastu tetiba Kak Nurul kata "rasa macam nak makan roti cheese." So pergi la section roti2...jumpa la roti cheese...tapi takda 'suitable for vegetarian' la plak kat roti cheese tu (kat sini kalau takde chop 'vegetarian', was2 nak makan makanan tu. Kira kalau ada chop 'vegetarian' tu halal sebab kita sure yang dalam makanan tu takde lemak haiwan or any animals stuff. Because yang vegeterians kat sini, of course la diorang akan pentingkan chop 'vegetarian' tu jugakkan). Pastu Ain ternampak la bagels tengah ada offer, 2 for £2. Teringat la dulu pernah makan bagels letak cheese kat atas, jadi macam ala2 roti cheese la. Bila cakap dengan Kak Nurul pasal bagels tu, she liked the idea. So apa lagi, balik rumah...tak tunggu2 dah, start projek la! Bila bab makan2 ni, Ain memang laju je nak buat!


Sedap bagel brand ni!

Potong bagels in half, sapu butter & tabur cheese ikut suka hati. Pastu bakar atas grill...

TADAAA! Bakar sampai cheese dia jadi brownish macam ni baru sedap! :D
(Pastu lemak dalam badan pon sedap la bertambah! haha)
Senang je! :)
xoxo
Labels: Foods
0 avengers commented
Tuesday, 17 May 2011@ 2:39 am
FOODS ; Oh Karipapku!
Assalammualaikum & hello,
Hmm sementara tunggu subuh ni, nak update sikit la...semalam semalam, Ain buat karipap. tolong kelim2 kan je, intinya ibu yang buat! haha mengelat ke?

Ambik ni, macam2 rupa karipap ada! Macam dinosaur pon ada! Walaupon tak perfect, still agak bangga jugak la dapat kelim karipap2 camni (kalau tidak, macam hape je jadiknya!).

Tapi bila keluar2 jadi macam ni!!! Tu perut dinosaur tu, sampai terburai camtu skali! OMG! Kepenatan masa kelim2 tadi terasa la sangat!
Sebenarnya...kulit karipap tu pon bukan buat sendiri, huhu, it's a ready-made from supermarket daa~!

Tapi ready-made pon bukan macam kulit karipap betul. Mmg la dia puff pastry, tapi untuk pastries2 orang putih ok la. Ain sebenarnya pon tau resipi untuk buat kulit karipap, Cik Ju pernah ajar tapi ibu beli ready-to-roll puff pastry ni, saja nak try! Ok je dengan inti karipap, tapi tu la...kita penat kelim kan dia, sesuka hati dia nak terbuka2! Aish. Tapi kulit pastry ni memang sedap la! Boleh juga letak cheese atau sosej dalam dia! Cheese is my favourite! :)
Until next time!
xoxo
Labels: Foods
2 avengers commented